Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK LAPIS PEPPERMINT CHOCOLATE


Salam my kesayangan...

muncul kembali setelah lama menyepikan diri beberapa bulan di sini...bukan apa terasa berat je jemari ni untuk singgah ke sini...heeee...di socmed yang lain QH masih aktif seperti biase walaupon sebenarnya on off la jugakkk...ngeeee

untuk resepi kali ni lama sangat dah buat...raya yang lepas lagi QH dah buat tau...disebabkan bercuti di blog ni...jadi lambat la untuk update resepinya di sini dan ada banyak lagi resepi2 lain...QH akan cuba untuk update semuanya di sini ehhh...

kalau nak tahu kek lapis ni merupakan antara peberet QH dan mak jugak...rasanya dia memang sedap n tidak keterlaluan rasa mint tu...belen la dengan rasa coklat tu...yang paling best makin lama kek ni akan moist n makin sedap la kan...kalau buat ni nak makan pon sayang sebab nak buatnya kemahin bercinta lagi...jadi kena jimat2 sikit...heeee...kek lapis ni QH hanya menggunakan tepung gandum sahaja...tapi kalau ada yang nak gunakan tepung hong kong tu terpulang yea...maklum la sekarang QH dah malas sikit nak beli macam2 jenis tepung...dah tahu dah memang tak pernah habis guna kalau ada...heeee...

jika ada yang nak buat untuk berniaga QH ada share sedikit tips cara QH membuat kek lapis...semoga ilmu yang sedikit tu dapat dimanfaatkan bersama...nak sedap guna pure butter...

untuk mudah paham QH ada menyediakan video penuh di channel youtube Qasey Honey...klik link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=F2oSDpF-TVw&t=80s ni untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe tau...ajak la sedara mara ngan kengkawan lain juga tau...terima kasih...


cara QH buat kek lapis ni boleh rujuk di bawah in shaa Allah jika ikut cara ni kek lapis tu pasti menjadi n lebih jimat tau buat sendiri! setelah siap adunan, timbang n bahagikan kepada 2 bahagian (tulis kat kertas contoh berat 1296 ÷ 2 = 648 setiap 1 bahagian) lepas tu warnakan n perasakan, kacau perlahan hingga rata panaskan oven 170C griss loyang dengan butter n alaskan dengan baking paper loyang saiz 7x7 inci QH buat 12 lapis untuk kek lapis ni 6 lapis hijau 6 lapis coklat satu bahagian adunan berat 648gm ÷ 6 pula = 108gm (lebih kurang) (setiap kali nak melapis kena timbang) tulis n tanda setiap kali melapis, baru tak lupa πŸ˜… bakar selama 15-20 minit suhu 170C atau atas keperangan (bergantung kepada oven masing) semasa membakar guna rak tengah2 lapisan 1 - hijau (108) api atas bawah lapisan 2 - hijau (108) api atas sahaja lapisan 3 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 4 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 5 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 6 - hijau (108) api atas sahaja lapisan 7 - hijau (108) api atas sahaja lapisan 8 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 9 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 10 - coklat (108) api atas sahaja lapisan 11 - hijau (108) api atas sahaja lapisan 12 - hijau (108) api atas bawah sehingga masak n atas keperangan setelah siap bakar, sejukkan di atas redai cara saya tak keluarkan kek dari loyang biarkan sehingga sejuk baru keluarkan

nota: setiap lapisan kek selepas di bakar, tekan perlahan permukaannya dengan penekan khas supaya semua lapisan rata dan sekata (ada dijual di bakery @ kedai bahan membuat kek)


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT (size 7x7)
youtube Qasey Honey

Bahan A
300 gm mentega - pure butter
120 gm gula kastor
6 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
80 gm sri kaya
250 gm susu pekat manis
80 gm serbuk horlicks
160 gm tepung gandum - ayak

Bahan B
2 sudu kecil peppermint paste
3-4 titik pewarna hijau
1 sudu besar coklat emulco 


Caranya
1. Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit). 
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit) 
3. Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata (kira-kira 2-3 minit) 
4. Perlahankan lagi (speed slow, sekadar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung gandum dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. 
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak peppermint paste dan pewarna hijau dan 1 bahagian lagi dibubuh coklat emulco. 
6. Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 180-190C, api atas dan bawah. 
7. Bubuh 3 sudu makan adunan cokelat ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). 
8. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata. Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). 
9. Dan masukkan lagi 3 sudu makan adunan cokelat. Bakar sehingga masak (6-7 minit). Keluarkan dari oven dan tekan sedikit dengan penekan kek lapis. 
10. Kemudian bubuh pula 3 sudu makan aduna peppermint/biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan ulang sekali lagi untuk adunan peppermint/biru sehingga menjadi dua lapis.  B
11. akarlah berselang-seli warna cokelat dan biru sehingga selesai semua adunan.


kek lapis peppermint chocolate / kek lapis peppermint coklat
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang


1 comment

Amie said...

Very2 cantik ke lapisnya!