Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT CORNFLAKES RANGUP / CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES...SEDAP DAN MUDAH (sukatan cawan) tanpa mixer

 

salam my kesayangan

sekejap masa berlalu...diam tak diam sudah hari ke 22 kita semua berpuasa...tinggal beberapa hari saje lagi menjelang Aidilfitri pula...

walau apa jua dugaan yang melanda sekarang ni...raya tetap raya walaupon keadaan sekarang tidak sama seperti sebelum ni...sangat berbeza...tiada persiapan dan sangat bersederhana...pakai je la apa yang ada dulu...nak keluar bershopping sekarang ni pon rasa tak selesa...biar la keadaan reda dulu...panjang umur tahun depan...baru raya kaw2 heee

QH buat kukis ni sebab untuk hiburkan hati sendiri jek...tak dapat balik kampung kan...sebab kita semua masih dalam tempoh PKPB...walau buat tak banyak boleh la buat kunyah2 cuti hari raya nanti...rancang nak buat macam2 jenis juga tapi QH ada job lain jadi buat yang mana sempat je la...


untuk resepi biskut cornflakes rangup ni antara yang boleh dipercayai...memang hasilnya sedap dan rangup...kalau dapat makan...payah untuk berhenti...QH buat 1 adunan je yang tinggal sekarang ada la 1 bekas kecil je untuk raya nanti...memang sangat sedap...QH suka cornflakes tu kasar2 macam dalam gambar...kalau suka yang lagi halus terpulang la ekk...

nak buat kukis ni sangat senang...tak payah guna mixer...gunakan la tenaga tulang empat kerat tu...lagi kukis ni tak payah kita nak pukul beriya sangat sebab kita nak kukis yang rangup...bukan kukis yang gebus...cukup sekadar pukul untuk sebatikan bahan2...caranya?

resepi ni QH telah sediakan langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=6PUfCvHTgC0 yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


CORNFLAKES CRUNCHY (80++ pcs) (sukatan cawan)
youtube Qasey Honey

Bahan A (ayak)

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder

bahan B
200 gm pure butter - lembutkan
3/4 cawan gula castor
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil vanilla

hiasan
170 gm cornflakes atau secukupnya


caranya
panaskan oven pada suhu 170C
satukan mentega dan gula kastor. pukul hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu. (jangan pukul hingga kembang)
kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. pukul lagi hingga sebati.
masukkan pula baking powder, tepung jagung dan tepung gandum. gaulkan dengan tangan hingga sebati. (adunan memang lembik, jangan tambah tepung)
sediakan cornflakes dan ramaskan kasar-kasar.
ambil sudu kecil atau boleh masukkan adunan ke dalam piping beg.
sudukan adunan kecil2 (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
kemudian golekkan dan salutkan dengan cornflakes. bentukkan bulat (susun jarak2 kerana biskut mengembang)
setelah siap, masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (api atas bawah)
setelah masak, keluarkan dan sejukkan di atas redai besi.
simpan dalam bekas kedap udara


biskut cornflakes rangup / cornflakes crunchy cookies
https://www.youtube.com/watch?v=6PUfCvHTgC0
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita

No comments