Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM KICAP PEDAS ALA 3 BUDAK GEMOKS YANG SEDAP DAN MUDAH


Salam my kesayangan...

Ayam kicap pedas ni semasa PKP hari tu adalah lauk yang paling popular...lagi pon ianya senang untuk disediakan...itu yang menjadikannya pilihan utama...pulak tu sedap dimakan bersama dengan telur dadar dan nasi panas2...kalau tak bertambah tu tak sah lah jawabnya...heee...

resepi ni juga inspirasi ala2 dari tiga budak gemoks yang amat popular di sekitar KL ni...maklum la musim PKP hari tu...apa aje yang tak dirindu kan...jadi buat pelepas rindu yang mendalam tu...heee...godek2 la sendiri di dapur...rupa dah ade tu kira jadi la...hiiii

ayam kicap pedas ni nak lagi umphhh sampai termimpi2...lagi pedas lagi wallaaa tau...tak percaya kena la cuba...resepi QH telah sediakan videonya di channel youtube Qasey Honey...seperti biasa jom la subscribe, like dan share channel Qasey Honey tu...terima kasih tau...ok untuk menonton cara memasak ayam kicap pedas ni klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=FUXCn_OVtPg&t=23s yang tertera...


AYAM KICAP PEDAS / AYAM KICAP ALA TIGA BUDAK GEMOK
youtube Qasey Honey

bahan2
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya

bahan kisar
2 biji bawang besar - saiz sedang
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 - 25 biji cili padi - ketuk

bahan lain
1 sudu besar halba campur
1 batang serai - ketuk
15 - 20 biji cili padi - ketuk
2 pelepah daun kari
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar kicap manis abc
1 sudu kecil pes asam jawa
garam dan gula secukup rasa


caranya
Satukan ayam, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Buangkan sedikit minyak bekas menggoreng ayam tadi (cukup untuk menumis)
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan harum.
Masukkan serai dan tumis lagi hingga layu.
Masukkan halba campur dan serbuk kari. Tumis lagi hingga garing.
Tambah air asam jawa dan air secukupnya. Kacau lagi.
Masukkan daun kari dan kacau hingga naik bau.
Masukkan pula sos tiram, kicap lemak manis dan kicap manis ABC. Kacau rata.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sekejap.
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan perasakan rasanya. Jika telah sempurna matikan api.


ayam kicap ala tiga budak gemok / ayam kicap pedas sedap
https://www.youtube.com/watch?v=FUXCn_OVtPg&t=23s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang


 

No comments