Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK MARBLE JELITA BUAT RAMAI JATUH CINTA!! KEK VIRAL MASA KINI


Salam my kesayangan...

kali ni giliran QH pula untuk mencuba resepi kek marble jelita viral ni pula...sebenarnya ada banyak lagi resepi2 viral yang lain...tapi tak larat nak layan semua...jadi terpaksa la di pilih2...buat mana yang berkenan di hati...heee

kek marble ni antara peberet QH juga la...sesekali kalau terasa nak makan kek...buat la kek jenis old school bahasa orang kampung QH...kek marble ni rasanya sama je dengan kek marble klasik tu...yang membezakannya adalah cara membuatnya tu yang telah diubahsuai mengikut zaman kekinian...

kalau kek marble klasik caranya lebih mudah...untuk resepi yang ni kena buat dua kaedah...bahagian yang paling penting dalam kek ni adalah untuk membuat meringue...


agak ramai juga kalau nak buat meringue ni tetiba akan menjadi cuak...tips untuk mendapatkan meringue yang perfect la orang kampung QH cakap...pastikan bekas untuk putih telur bersih dan kering...lepas tu putar campuran putih telur tu dengan gula dengan menggunakan speed perlahan sehingga la high speed...putar lebih kurang 3 minit cukup atau sehingga kental dan bertanduk...dah siap meringue tu ketepikan sekejap...buat step yang lain...

kek marble ni memang lembut, gebu dan moist...tak percaya cuba la sendiri...kalau nak lagi sedap tu...boleh gantikan marjerin kepada mentega...kalau nak buat versi bajet...guna marjerin pon dah sedap...

untuk kek marble jelita ni QH ada sediakan video cara membuatnya langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...tetapi sebelum tu jangan la lupa untuk subscribe, like dan share yea channel youtube Qasey Honey tu...banyak lagi video yang menarik dan meletop ada di sana...selamat mencuba 


KEK MARBLE JELITA
youtube Qasey Honey
sumber Azlina Ina

bahan A
5 biji putih telur gred A
50 gm gula kastor

caranya
Sediakan mangkuk mixer, pastikan kering
satukan putih telur dan gula kastor, putar dengan speed perlahan hingga ke speed laju
putar hingga adunan kental dan bertanduk (lebih kurang 3minit)
apabila sudah kental dan bertanduk jangan pukul lagi. ketepikan
siapkan pula bahan B dan C


bahan B
5 biji kuning telur gred A
200 gm gula kastor
250 gm marjerin
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar ovellete 

bahan C
200 gm tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
50 ml susu segar 

bahan D
pewarna makanan



caranya
satukan kuning telur, gula kastor, marjerin, esen vanilla dan ovellete
dengan menggunakan mixer, putar adunan hingga gebu dan adunan berubah warna pucat (lebih kurang 2 minit)
masukkan pula campuran tepung yang telah di ayak berselang seli dengan susu segar (buat 3 kali, tepung, susu, tepung, susu, tepung, susu)
bahagikan sedikit adunan untuk dicampurkan dengan pewarna makanan (cara QH buat 5 jenis warna dan setiap warna lebih kurang 3 sudu besar/2 scoop aiskrim saiz besar)
warnakan adunan untuk diwarnakan dengan rata
panaskan oven pada suhu 180C
sediakan loyang saiz 8x8 inci. glisskan dengan mentega/marjerin dan alaskan dengan baking paper
masukkan adunan yang tidak bewarna dan rata2kan sedikit permukaannya
masukkan pula adunan yang bewarna secara bertompok dan corakkan mengikut pilihan
bakar kek pada suhu 150C selama lebih kurang 50 minit - 1 jam atau sehingga kek masak menggunakan api atas bawah
keluarkan kek dan sejukkan di atas redai
apabila telah sejuk barulah di potong


kek marble jelita
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments