Qasey Honey. Powered by Blogger.

CONGO BAR CADBURY YANG TERBUKTI SEDAP...RESEPI VIRAL!!!

 

Salam my kesayangan...

kali ni bercongo bar pula...agak lama juga QH tak buat congo bar ni...baru2 ni resepi congo bar ni telah mendapat tempat kembali kepada peminatnya...kalau tidak agak sepi juga resepi ni...ramai yang lebih sukakan kepada brownies...

tesktur congo bar dan brownies adalah sangat berbeza...begitu juga dengan rasanya...teksture brownies adalah lebih padat, lembap, kenyal dan apabila dimakan seperti mengunyah coklat yang lembut

congo bar pula rasanya seperti gabungan brownies, cookies dough dan choc chip cookies yang lembut...ianya juga dikenali sebagai blondies...nanti kita cuba untuk mengesahkannya...kesedapan congo bar ini bergantung kepada bahan yang digunakan...semakin sedap mentega yang digunakan...semakin sedap la rasa congo bar itu...jadi cuba la menggunakan bahan yang lebih berkualiti...lepas tu boleh la nak letak apa sahaja gabungan bahan yang sesuai...contoh adalah seperti ini...QH menggunakan coklat cadbury dan almond...


sebelum ni QH pernah kongsikan resepi ni di sini...resepinya juga yang sama...yang tu di dalamnya menggunakan coklat rice, choco chip dan kepingan badam...rupanya jadi lain sedikit la...nanti cari la ye...congo bar yang sempurna...lapisan atasnya kelihatan agak berkilat sedikit...teksturnya pula lembut bukan kematu yea...

untuk belajar cara membuat congo bar ni dengan sempurna dan pasti menjadi...video langkah demi langkah telah disediakan di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=AXVL4fQ5mb8
 yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube tu yea...terima kasih


CONGO BAR CADBURY ALMOND
youtube Qasey Honey

bahan A
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

bahan B
360 gm gula perang
150 gm butter - lembutkan
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla .

bahan C
330 gm coklat cadbury - 2 bar yang besar
1/2 cawan almond - bakar dan kisar



caranya
panaskan oven pada suhu 200C
di dalam bekas yang bersih dan kering, satukan tepung gandum, baking powder dan garam
kemudian ayakkan. ketepikan 
di dalam mangkuk yang berbeza, masukkan gula perang dan butter.
putar perlahan hingga sebati dan lembut
kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
putar lagi hingga sebati
masukkan campuran tepung yang telah diayakkan tadi (bahagikan kepada 2 bahagian supaya senang untuk digaul rata)
gaul adunan tadi dengan menggunakan spatula dengan rata
masukkan lagi sebahagian tepung tadi hingga habis dan gaulkan lagi dengan perlahan hingga rata dan sebati.
akhir sekali masukkan almond yang telah di kisar dan coklat cadbury
gaul lagi dengan perlahan hingga sebati.
sediakan loyang 10"x10" yang telah di gliss dengan butter dan dialaskan dengan baking paper
rata-ratakan permukaannya, masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit atau sehingga atasnya kelihatan keperangan (jangan terlebih bakar)
sejukkan di atas redai dan barulah di potong


congo bar cadbury ALMOND

https://www.youtube.com/watch?v=AXVL4fQ5mb8
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



No comments