Qasey Honey. Powered by Blogger.

BROWNIES KEDUT PENUH RASA COKLAT...SEDAP BAGAI NAK PENGSAN!!


Salam sejahtera semua...

youtube Qasey Honey
sumber Instagram

bahan A
350 gm coklat compound
150 gm mentega

caranya
didihkan air secukupnya ke dalam periuk kecil. (matikan api dapur)
satukan coklat dan mentega ke dalam mangkuk yang bersih dan kering.
dengan kaedah double boiler, kacau hingga coklat dan mentega cair
ketepikan (biarkan mangkuk di atas periuk - supaya coklat sentiasa panas dan cair)
sediakan bahan B dan seterusnya


bahan B
3 biji telur gred A
150 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung gandum - ayak

caranya
panaskan oven dengan suhu 170C
di dalam mangkuk yang berlainan, satukan telur, esen vanilla dan gula perang. 
dengan menggunakan whisk, pukul perlahan hingga rata
masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.
kacau lagi hingga sebati dan rata
akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak
kacau perlahan dengan menggunakan spatula hingga rata
glisskan loyang 8"x8" dengan mentega dan alaskan dengan baking paper
masukkan adunan brownies ke dalam loyang
bakarkan selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah
apabila telah masak, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan hingga sejuk
kemudian barulah di potong dan boleh hiaskan dengan nutella atau kekacang mengikut pilihan


brownies kedut

jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



No comments