Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI TERBAIK KERABU MAGGI THAI YANG SEDAP DAN MUDAH


Salam my kesayangan...

tayangan hari ni, melepaskan hajat yang teringin sangat nak makan kerabu maggi...sebelum ni QH dah pernah kongsikan resepi ni di sini...rajin2 tu cari la ehhh kat dalam entri QH yang lama2 tu...kali ni ada ubah suai sikit dan ianya lebih ringkas dan sedap...kebetulan ada kawan satu pejabat bagi pada QH maggi serda yang memang sesuai untuk buat kerabu maggi ni...apalagi projek terus berjalan dengan jayanya...

maggi ni tekstur dia agak kenyal dan tidak terlalu mengembang...memang biasa digunakan untuk membuat kerabu maggi dan banyak dijual di kedai2 makan siam dan kelantan...yang paket oren tu tau...harga pon murah je sepekat dalam seringgit gitu...kalau belah2 kelantan rasa lagi murah harganya tu...


nak buat kerabu maggi ala thai ni sebenarnya mudah je dan bahan2 tu biasa main agak2 je nak letak ikut suka dan citarasa...kalau suka pedas boleh letak cili banyak sikit...kalau suka seafood banyak...letak je la...nak sayur lebih ke...taknak sayur ke terpulang la ehhh...nak tukar2 bahan2 tu pon boleh...ikut citarasa dan bajet...heeee...

resepi yang QH kongsikan ni mengikut selera sendiri je...kerabu maggi ni kalau nak rasa yang sedap perlu ada rasa masam pedasnya tu...baru la umphhh dan sangat berbaloi jika dibuat sendiri...

untuk resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah...klik link https://www.youtube.com/watch?v=XVQ6AYddGDw&t=62s yang tertera untuk teruskan menonton...bila tengok video ni akan lebih mudah faham dan menyenangkan kerja korang nanti...tetapi sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


KERABU MAGGI ALA THAI
youtube Qasey Honey

bahan A
2 bungkus maggi #serda
15-20 ekor udang - buang kulit
10 ekor sotong
air untuk merebus secukupnya

bahan B
6 biji cili padi - hijau dan merah (boleh tambah jika suka pedas)
1-2 pokok ketumbar
3 helai kobis ungu - hiris
1 biji tomato - potong kecil dan buang biji
1 sudu kecil sos ikan
5 biji jus limau kasturi
gula secukup rasa
1 paket perencah maggi thai
garam jika perlu


caranya
Panaskan air untuk merebus. Setelah didih celurkan udang hingga bertukar warna. Kemudian angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Celurkan pula sotong hingga kembang, kemudian angkat dan toskan airnya. Ketepikan. (udang dan sotong tak perlu di celur lama untuk mengelakkan isinya keras dan liat). buang air rebusan udang dan sotong tadi.
Panaskan lagi air hingga mendidih, kemudian celurkan maggi hingga kembang dan lembut. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.

Di dalam mangkuk yang besar, satukan maggi, sotong, udang, cili padi, pokok ketumbar, kobis, tomato, sos ikan, jus limau kasturi, gula secukup rasa dan akhir sekali perencah maggi. 
gaulkan kesemuanya hingga rata. sesuaikan rasanya. tambahkan garam jika perlu.
siap untuk dihidang.



kerabu maggi ala thai sedap
https://www.youtube.com/watch?v=XVQ6AYddGDw&t=62s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



1 comment

norhidana said...

sedapnya kak oi....