Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI TERBAIK RED RUBBIES THAI BERSAMA NANGKA DAN SANTAN / THAI RED RUBBIES DESSERT WITH JACKFRUIT AND COCONUT MILK


Salam my kesayangan...

Mari sejukkan tekak dengan manisan dari negara jiran kita iaitu Thailand...kebanyakkan makanan thailand ni banyak menggunakan santan...jadi yang suka rasa lemak santan tu boleh la mencuba pemanis mulut ni...nak buatnya pon mudah sahaja...ikut je step seperti yang QH tunjukkan di youtube...in shaa Allah mudah di fahami dan menjadi

sedap tau thai red rubbies ni...cukup rasa manis dan lemak santannya tu dengan rasa kenyal dan rangup sengkuang cina tu...ditambah serikan dengan buah nangka...memang layan dan memenuhi jiwa QH betul...jika tak jumpa sengkuang cina boleh gantikan dengan sengkuang biasa sahaja...

resepi ni seperti biasa QH ada sediakan video langkah demi langkah sehingga siap...klik link https://youtu.be/pYMSGnLgty8 yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe tau youtube channel QH tu...terima kasih...kepada yang ingin mencuba...selamat mencuba semoga resepi yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama...


THAI RED RUBY DESSERT / THAI RED RUBBIES DESSERT / TUB TIM GROB WITH JACKFRUIT AND COCONUT MILK
youtube Qasey Honey

BAHAN RED RUBY
10 - 15 biji sengkuang cina / waterchest nuts - boleh ganti dengan sengkuang biasa
1 sudu kecil pewarna merah
1 cawan tepung ubi
air untuk merebus secukupnya
ais batu secukupnya



hiasan
ais batu kisar secukupnya
buah nangka


CARANYA
sengkuang di kupas dan potong kiub kecil2
kemudian cuci sengkuang dan toskan airnya
letakkan pewarna merah secukupnya dan gaul hingga rata. biarkan selama 10 minit atau lebih
masukkan pula tepung ubi dan gaul lagi hingga rata
sediakan penapis dan tapis lebihan tepung tadi
sediakan periuk yang sesuai dan rebus air hingga mendidih
kemudian masukkan sengkuang tadi dan rebus hingga terapung dan jernih
angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas air sejuk dan  ais batu



BAHAN AIR GULA
1 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan

CARANYA
di dalam kuali/pan satukan air, gula dan daun pandan
hidupkan api sederhana besar kemudian kacau hingga gula larut dan mendidih
matikan api dan sejukkan
ketepikan dan siapkan kuah santan 


BAHAN KUAH SANTAN
1/2 cawan air
1 kotak kecil santan 
1 sudu kecil tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

CARANYA

di dalam kuali/pan satukan air, santan, tepung beras, garam dan daun pandan
dengan api sederhana kacau hingga santan mendidih dan sedikit pekat
matikan api dan ketepikan. biarkan hingga kuah santan sejuk


cara menghidang tub tim grob
red ruby cube
air gula
kuah santan
ais batu kisar secukupnya
buah nangka

sediakan bekas yang sesuai, masukkan ais batu kisar secukupnya
kemudian letak red rubbies cube dan nangka 
lepas tu tuang air gula secukupnya, ikut kemanisan masing2
akhir sekali masukkan santan juga secukup rasa
siap untuk dihidang dan di nikmati


thai red rubbies dessert / tub tim grob
https://youtu.be/pYMSGnLgty8
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments