Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI SIMPLE KEK PANDAN SANTAN YANG LEMBUT, GEBU DAN SEDAP


Salam my kesayangan...

Terpengaruh dengan TV sangat...semua ni gara2 menonton cerita Kampung People la ni...terliur pulak tengok kek pandan Lailer yang Jekfer suka sangat tu...heeee

jual murah tak berbaloi...jual mahal tak laku la pulak...baik buat untuk makan sendiri...puas hati heee...tak habis makan hari ni...boleh simpan lagi untuk esok...kek ni lagi di simpan lama lagi sedap tau...ianya akan kelihatan moist lagi...yang ni QH buat, bawak la sedikit ke opis...dapat juga kawan2 merasa...


resepi yang QH gunakan kali ni sangat simple dan senang mencari bahan2nya...kek ni juga sesuai juga digunakan untuk kek pandan gula melaka tu tau...yang ni QH malas pula nak letak krim...lepas siap kek ni...terus buat makan...resepi ni QH ambil dari blog Fiza's Cooking...terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni...

QH ada menyediakan video langkah demi langkah caranya membuatnya sehingga selesai...in shaa Allah jika ikut seperti yang telah ditunjukkan...pasti menjadilah kek pandan santan ni...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=0n91gGYMfKg&t=9s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih


RESEPI MUDAH KEK PANDAN SANTAN
youtube Qasey Honey
sumber Fiza's Cooking

bahan A
5 biji telur gred A
250 gm gula kastor
1 sudu kecil ovellete

bahan B (ayak)
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

bahan C
200 ml santan / santan pandan dari S&P
1 sudu kecil pandan paste



Caranya
Panaskan oven kepada suhu 180'c dan lengserkan loyang. 
Satukan telur, gula pasir dan ovellete dan pukul sehingga benar-benar gebu.
Adunan seharusnya seperti gambar dibawah ini.
Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau (kaup balik) dengan spatula hingga tepung habis.
Tuang pula santan kotak dan kacau lagi dengan spatula sehingga bercampur dengan adunan.
Akhir sekali masukkan pes pandan dan kacau hingga sebati. Tuang kedalam loyang dan bolehlah dibakar pada dalam tempoh 40minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing)


kek pandan santan kampung people
https://www.youtube.com/watch?v=0n91gGYMfKg&t=9s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

norhidana said...

sedapnya nengok kek pandan tu kak... nampak kelembutannya tuh