Qasey Honey. Powered by Blogger.

MEE GORENG UDANG BASAH YANG PASTI SEDAP DAN MUDAH


Salam my kesayangan...

lama pula rasanya tak masak mee goreng ni...walaupon kerap makan di luar...sesekali teringin juga merasa dari air tangan sendiri pula...mee goreng ni antara peberet QH la...lagi kalau dapat mee goreng ala2 basah macam ni memang suka sangat...

mee goreng ni walaupon mudah untuk di masak...bahan yang digunakan juga lebih kurang sama tetapi hasilnya berbeza oleh setiap orang...ada yang suka masak mee goreng ni agak basah, berkuah pon ada, ada juga yang jenis suka mee goreng ni kering...semua mengikut pilihan masing...ada masa QH suka juga goreng mee ni biar kering sedikit...kalau jenis yang berkuah QH kurang sedikit...ala2 macam yang QH masak ni memang kegemaran... 


cara QH atau mungkin ada yang sama...mee kuning tu mesti kena bilas dengan air barulah masuk ke dalam kuali...ada yang QH nampak buka plastik terus tuang ke dalam kuali...yang tu QH kurang gemar sikit la dan kita boleh nampak mee goreng ni sama ada mee kuning ni di basuh dulu atau tidak...mee kuning yang di basuh, meenya akan lembut sedikit dan sedikit kembang...jika tidak dibasuh mee tu nampak sedikit kejung dan kecil...ini pon terpulang la ekkk pada pilihan masing2...cara QH memang akan basuh mee kuning tu sekali lalu dengan air...lepas tu tos la...

pada adik2 yang ingin belajar cara memasak mee goreng ni...boleh tonton video langkah demi langkah di youtube...klik link https://www.youtube.com/watch?v=cL1fG1oJ5go yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tau...terima kasih


MEE GORENG UDANG BASAH
youtube Qasey Honey

Bahan2
1 bungkus mee kuning - 450 gm
4 - 5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
10 ekor udang - bersihkan belakangnya
2 biji telur
sayur sawi secukupnya
1 biji tomato - belah 8
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 - 2 sudu besar udang kering



Caranya
Bersihkan udang, gunting belakang udang dan buang bendasing yang ada. (ni ikut pilihan sama ada nak buang kulit dan kepala atau tidak)

Kisar bawang merah, bawang putih, udang kering dan sedikit air hingga lumat.


Di dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan kelihatan garing.
Kemudian masukkan cili
 kisar. Kacau lagi dan biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis, garam dan gula secukupnya rasa. Kacau rata.
Masukkan telur dan biarkan seketika jangan di kacau dahulu. Apabila telur telah mula mengeras, mula kacau dari bawah.

Kemudian masukkan udang dan kacau lagi. Biarkan udang masak.
Tambahkan air dan kacau rata. Kemudian terus masukkan mee kuning dan kacau sehingga rata.
Tambahkan sayur sawi dan tomato. Perasakan rasanya, jika ok terus matikan api (tidak perlu kacau sehingga kering). Hidangkan terus.



mee goreng udang basah
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments