Qasey Honey. Powered by Blogger.

MUDAHNYA BUAT KUIH TIRAM ATAU LIDAH BUAYA SENDIRI...JOM CUBA!! PASTI JIMAT


Salam my kesayangan...

Bersua kembali...
Beberapa hari juga QH mengerahkan idea untuk menaip di sini...agak tepu pulak idea untuk mengarang...kalau idea mencurah2...laju je menaip...bila sel2 otak tidak berfungsi...buka tutup buka tutup jer la blog ni...

Untuk kali ni QH pertama kali mencuba buat kuih tiram atau ada yang panggilnya sebagai kerepek lidah buaya la...resepi ni telah 7 tahun tau QH simpan...lama sangat dah diperam resepi ni...belum sampai jodoh tentunya...heeee

kuih tiram ni merupakan salah satu kerepek kegemaran QH tau...raya ke tak raya kalau teringin nak makan...laju je QH cari...biasa bila balik kampung QH akan singgah la sekejap ke Pekan Parit Raja atau Ayer Hitam, Johor untuk membeli kerepek untuk buat stok di KL...

lepas tu pula QH suka kerepek ni dipenuhi dengan gula yang berkepok2...barulah ngam terok rasanya...kalau gulanya tu kurang pada QH memang tak sedaplah kerepek ni...


sambil duduk2 di rumah hari tu...sempat la QH mengemas list resepi yang QH simpan untuk di cuba...terpandang la resepi kuih tiram ni...nampak senang, apalagi terus la mencuba...

memang senang sungguh la nak buat kerepek ni...buat 500gm tepung dapat la hampir 2 balang seperti gambar di bawah tu...modal untuk kuih tiram ni lebih kurang RM10 je kot...sebab bahan2 yang digunakan adalah bahan harian yang memang sedia ada di rumah...sangat jimat la apabila buat sendiri...

untuk saiz kerepek ni terpulang pada pilihan sendiri...nak cepat habis boleh la buat besar2 sedikit...kalau nak nampak comel2 sikit...buat la saiz kecil2...seperti yang QH buat ni lepas diuli tu...QH bahagikan doh kepada 8 bahagian...lepas tu barulah dicanai nipis...

nak lebih tahu dan mudah faham...boleh tonton video langkah demi langkah cara membuatnya sehingga akhir yang telah QH sediakan untuk rujukan semua di luar sana...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=fkIwYEVk4CI&t=1s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube Qasey Honey tau...terima kasih


KUIH TIRAM
sumber HaSue
youtube Qasey Honey

Bahan A
500 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
2 sudu besar margerin 
1/4 sudu kecil garam
160 ml air atau secukupnya

Bahan B
3 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar minyak masak

Hiasan
snow powder/gula kastor secukupnya

Langkah 1
Satukan bahan B sehingga menjadi smooth paste. Ketepikan sementara.


Langkah 2
Satukan semua bahan A, dan uli sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras tambah air)
Canai doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. 
**note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja

Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung. Sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari (untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali).
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye

Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai
Amik doh kecil tadi & canai leper. bila dah agak leper, nak canai 2 atau 3 sekali pun boleh.
Dah canai tu, susun atas dulang yang sudah di tabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.


Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak dan sira atau gaul dengan gula halus/snow powder.
Apabila telah sejuk, bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara


kuih tiram / lidah buaya
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments