Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI VIRAL CORNDOG MOZZARELLA YANG MUDAH DAN LEBIH JIMAT JIKA BUAT SENDIRI



Salam my kesayangan...

Kembali bersama resepi viral...kali ni QH menerai buat corndog mozzarella pula...maklum la sekarang ni tengah bersepah2 di mana2 baik di media sosial dan juga di gerai di luar sana...tengah hangat sekarang ni kan...harga yang dijual juga berbeza mengikut tempat...ada yang murah dan ada juga yang tinggi sedikit harganya...sebetulnya corndog ni agak mahal apabila ada mozzarella cheese tu...letak lebih mahal la harganya...

jika kita buat sendiri ianya lebih jimat dan dapat menghasilnya dengan banyak...seperti resepi ini boleh dapat 12 ketul corndog tau...QH siap buat untuk frozen lagi...maklum la kudapan kekinian ni tak boleh nak makan banyak2 dalam 1 masa...ikut tekak QH mudah muak...jadi 1 hari satu je boleh makan...memang puas makannya...heee...

pada yang masih belum mencuba, silakan mencuba menggunakan resepi ni...amat mudah untuk buat sendiri di rumah...modal pon serendah rm50 ke bawah je tau...

untuk resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah...boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=q-R5KKtS-FQ&t=8s yang tertera untuk terus menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu yea...terima kasih


CORNDOG MOZZARELLA SEDAP
youtube Qasey Honey

bahan2
sosej ayam
mozzarella cheese
cheddar cheese
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
serbuk roti secukupnya


caranya
potong sosej dan mozzarella kecil2 ikut kesuaian
Cucukkan sosej dan mozzarella tadi dengan lidi bersih. kemudian gulungkan dengan cheddar. Apabila telah siap masukkan ke dalam peti sejuk (lebih kurang 30 minit atau lebih)
di dalam bekas yang lain satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam, telur dan susu segar. Gaul semuanya hingga rata dan sebati.
Ambil sosej yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
kemudian salutkan dengan breadcrumb hingga rata. padat2kan dengan menggunakan tangan. buat sehingga siap.
panaskan minyak masak dan goreng hingga kuning keemasan.
hidang panas bersama sos cili dan mayonis.



corndog mozzarella sedap
https://www.youtube.com/watch?v=q-R5KKtS-FQ&t=8s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments