Qasey Honey. Powered by Blogger.

SET NASI MANDY AYAM YANG RINGKAS, MUDAH, MURAH DAN GERENTI SEDAP


Salam my kesayangan...

Selamat Hari Malaysia diucapkan khusus pada semua rakyat Malaysia #kitapunyaMalaysia...

Minggu ni masih lagi bercuti panjang dan ianya merupakan minggu terakhir semuanya mendapatkan cuti tiga hari berturut...rasa sedih la pulak...entah bila lagi dapat peluang cuti berturut 3 hari begini...rasa seronok la pulak bila duduk lama sedikit di rumah...boleh buat macam2...

contohnya inilah salah satu hasil yang dapat QH realisasikan...sebelum ni biasa sangat QH masak nasi arab ni tetapi menggunakan rempah nasi mandy yang dah siap tu jer dan ayamnya masak la lauk kari ker...sambal bali la...buat kurma ayam la...setiap kali pada raya kedua nasi nilah yang menjadi pilihan keluarga QH...maklum la masa ni berkumpul ramai2 jadi seronoklah ..masak 2 kilo beras sekali gus...dah jadi macam menu wajib pulak...rempahnya QH beli dengan kawan...

kali ni semuanya QH buat sendiri...dari nasi, ayam sampai lah ke sambalnya...rupanya mudah juga bila semua disediakan sendiri...cuma versi dari QH ni...versi bajet dan agak ringkas sedikit dan pada QH ianya sangat sihat...tiada menggunakan minyak di dalam resepi ni...kecuali minyak sapi untuk nasi...


Hasil resepi ni adalah hasil carian dari google...di mana QH gabungkan serba sedikit resepinya dari resepi2 yang ada...terima kasih buat semua penyumbang resepi set nasi mandy ayam ni secara langsung atau tidak...

QH ada bagitahu di atas tadi nasi mandy ayam ni versi bajet kerana ianya tidak menggunakan herba saffron pada ayam...semua maklumkan herba ni sangat mahal dan paling mahal antara herba yang lain...untuk mendapatkan ayam tu berwarna kuning QH hanya menggunakan serbuk kunyit dan tidak juga diletakkan pewarna...

untuk nasi pula QH tidak letakkan rempah nasi mandy...pada carian di google memang ada resepi yang letak dan tidak rempah nasi mandy tu...jadi ini ikut pilihan la ye sama ada nak letak atau tidak...lagi QH ada skip untuk meletakkan sedikit minyak dan arang yang dibungkus dengan aluminium foil untuk nasi...kerana lupa beli...jika ada mungkin nasi ni akan bertambah sedap sebab ada bau2an arang tu...takde pon dah sedap ni kan pulak kalau ada kan...heee


bagi memudahkan untuk masak set nasi mandy ayam ni...boleh ikut cara QH...nak memasak ni kena ada teknik tak boleh buat sesuatu tu satu dalam satu masa...kena kejap2 buat tu kejap2 buat ni untuk menpercepatkan proses memasak tu...ok caranya

memula rendam beras dengan air, ketepikan...siapkan bahan untuk ayam...setelah siap proses untuk memerapkan ayam...seterusnya siapkan bahan untuk nasi pula...selepas tu masak nasi...kemudian kembali semula pada ayam dan siapkannya sehingga di bakar...ulang semula pada nasi dan letakkan pewarna pada nasi...masa ni nasi jangan di gembur lagi...kemudian masak nasi tu semula dan biarkan sehingga ianya mati sendiri...boleh la siapkan bahan untuk sambalnya pula...buat sehingga selesai...nasi pon dah masak dan warna pon dah mengembang cantik baru la digemburkan dengan rata menggunakan chopstik...masa ni ayam pon dah siap...jadi semuanya boleh siap serentak...mudahkan...

untuk resepi ni QH ada menyediakan videonya di youtube...klikkan pautan link https://www.youtube.com/watch?v=OZ3J2il0bMg yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu minta semua untuk subscribe youtube channel QH tu tau...di sana ada banyak lagi video2 yang menarik menanti...terima kasih...


SET NASI MANDY SEDAP, RINGKAS DAN MURAH
youtube Qasey Honey
sumber carian google


BAHAN NASI MANDY
1 1/2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit atau lebih
2 sudu besar minyak sapi
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 helai daun bay
1 sudu besar kismis
1 1/2 cawan air
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
pewarna oren dan kuning


Caranya
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Biarkan hingga cair.
Kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga wangi.
Masukkan pula bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga naik bau dan layu.
Masukkan daun bay dan kismis. Tumiskan sekejap.
Masukkan air, jus lemon dan garam. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pula beras yang telah direndam awal tadi. Kacau rata sehingga ke bawah.
Masakkan nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik. Apabila suis periuk elektrik telah padam, letakkan pewarna kuning dan oren pada tempat yang berlainan. (jangan kacau lagi masa ni)
Tekan lagi periuk elektrik dan biarkan hingga mati sendiri (ketika ni nasi masak cantik dan kering). 
Kemudian barulah gemburkan nasi menggunakan chopstick supaya warna tadi rata keseluruhan nasi. (tujuan menggunakan chopstick supaya nasi tidak patah apabila digaul nanti)
Siap.


BAHAN AYAM MANDY
1/2 ekor ayam
1 sudu besar biji ketumbar - kisar halus
1 sudu besar jintan manis - kisar halus
1 sudu besar biji lada hitam - kisar halus
1 sudu besar rempah kurma 
1 sudu besar serbuk kunyit 
garam secukup rasa
2 biji kentang - optional

bahan lain
1 biji bawang besar
1/2 biji lemon
aluminium foil



Caranya
Satukan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, rempah kurma, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata rempah tadi.
Masukkan ayam dan gaul rata pada keseluruhan ayam.
Masukkan juga kentang dan gaul semuanya sehingga rata. Perapkan ayam selama 2-3 jam.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Kelarkan ayam supaya ianya masak sekata.
Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 200C selama 40-50 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing2). Pada 8 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.



BAHAN SAMBAL SALATAH
5 biji cili padi
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa

caranya
masakkan sekejap cili padi, cili merah, cili hijau n bawang besar tanpa minyak hingga sedikit layu
masukkan ke dalam food processor bersama tomato, daun ketumbar n garam secukup rasa
kisar sebentar tak perlu hancur sepenuhnya. siap


set nasi mandy ayam sedap, mudah, ringkas dan murah
https://www.youtube.com/watch?v=OZ3J2il0bMg
jangan lupa subascribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments