Qasey Honey. Powered by Blogger.

KASUI / KASWI GOYANG GULA MERAH YANG SEDAP DAN KENYAL


Salam my kesayangan...

jom buat untuk minum petang ni...
ada yang panggil kuih ni kasui...ada juga yang panggil sebagai kaswi...ejaan yang berbeza tetapi kuihnya adalah yang sama...tak pasti mana satu yang sebetulnya...heee

lama tau QH tak makan kuih ni atas sebab2 tertentu...jika dikira agak bertahun la juga...nak tengok kuih ni pon tak boleh...hmmm

tiber cuti yang panjang hari tu...teringin pula nak buat kuih ni...tekak pon ikut teringin sama nak makan...hasil dari terpengaruh tengok kuih ni di IG asyik berlalu lalang...ade yang buat dengan rasa pandan la...bunga telang la...tetapi QH lebih berkenan dengan rasa gula merah yang menjadi pilihan...


kenapa kuih ni ada istilah goyang pula sekarang...sebabnya kuih kasui ni agak fragile dan apabila di pegang boleh nampak liuk lentoknya tu...resepi ni pula ada yang letakkan sedikit kicap di dalamnya...yang ni QH skip...kemudian QH gantikan gula pasir ke gula perang...jika rajin nak potong memotong boleh kukuskan kuih ni di dalam bekas yang besar bersaiz 10x10 inci...disebabkan QH teramat rajin...QH menggunakan bekas yang kecil...jadi apabila nak makan tinggal keluarkan aje kuih tu dari bekas...kelapa parut tu pula QH kukuskan sekejap, ianya akan lebih tahan lama dan lembut

untuk melihat bagaimana QH menghasilkan kuih ni...boleh tonton video langkah demi langkah yang telah QH sediakan di youtube...untuk teruskan menonton boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=8dgZhKx1JM4 yang tertera...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe channel youtube Qasey Honey tau...selain video ini...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...



KASUI / KASWI GOYANG GULA MERAH
youtube Qasey Honey
sumber Masam Manis

bahan2
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula perang
1 cawan gula merah
2 helai daun pandan
1 sudu kecil kapur makanan

kelapa parut putih
garam secukup rasa


caranya
Masak gula perang dan gula merah bersama air dan daun pandan yang telah di simpul
Masak sampai gula larut dan air didih
Bila dah didih biarkan suam , kemudian baru sukat dapatkan 5 cawan. Kalau tak cukup tambahkan sedikit air suam
Satukan tepung ubi dan tepung gandum dalam bekas, tuangkan air gula dan gaul rata.
Letakkan kapur
Gaul rata dan kemudian di tapis
Tuang ke dalam bekas pilihan yang telah di sapu minyak masak
Kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak
Sejukkan sebelum di hidang.

Kemudian gaulkan bersama kelapa parut putih yang telah di gaul bersama sedikit garam. Kukuskan sekejap
Sedia di hidangkan


kasui / kaswi goyang gula merah
https://www.youtube.com/watch?v=8dgZhKx1JM4
jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments