Qasey Honey. Powered by Blogger.

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI LETAK EPAL HIJAU GERENTI SEDAP..

 

Salam my kesayangan...

Sudah jemu makan daging, ayam, rendang dan lontong...apa kata bertukar selera dengan makanan laut pula...ada peminat ketam di sini...QH boleh dikatakan hantu gak dengan mr. crab ni...cuma agak malas sikit bila nak makan...kalau ada yang tolong kopekkan laju je suap masuk ke mulut...heee...bab nak mengopek tu mau boleh berejam kan menghadap...tetapi itulah nikmatnya sang ketam ni...kena banyak bersabar apabila makan...kalau dapat yang segar...sedap sungguh isinya, terasa kemanisannya tu...lagi2 ketam yang penuh isinya...Subhanallah lagi tak terhingga nikmatnya...


pilihan yang sentiasa menjadi pujaan dan tidak jemu2 adalah masak lemak cili api...rasanya kalau di masak seminggu sekali pon masih tak jemu...cuma harganya yang agak mahal tu...tidak membolehkannya di masak selalu heeee...kalau beli tak cukup setakat 3-4 ekor tau...untuk 2 orang makan boleh la...

QH masak lemak cili padi ni tak tumis pon...kalau ade yang suka ditumis...boleh tumiskan sekejap bahan kisar tu...kalau nak rasa lebih pedas lagi bolehlah tambah lagi cili tu...yang QH masak ni tahap kepedasannya biasa2 jer...lagi satu QH masak lemak ketam ni letak buah epal pengganti kepada belimbing besi...rasanya tetap sedap dan tak terjejas pon lagi bertambah sedap adalah...

langkah demi langkah cara memasak lauk ni ada QH sediakan videonya...klik link https://www.youtube.com/watch?v=Duj6lHt9tjg&t=5s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih...


KETAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA EPAL HIJAU
https://www.youtube.com/watch?v=Duj6lHt9tjg&t=5s

bahan kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
20 biji cili padi
1 cawan air

bahan lain
4-5 ekor ketam
1 helai daun kunyit
1 cawan air biasa
1 cawan air (campur lebihan santan dr kotak)
1 batang serai - dititik
1 batang lobak merah
1 1/2 biji epal hijau
200 ml santan
maggi cukup rasa dan ajinomoto secukupnya
gula dan garam secukup rasa


caranya
panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah dikisar.
kemudian masukkan air, serai dan lobak merah. kacau dan tutup periuk. biarkan kuah mendidih dan lobak sedikit empuk.
masukkan daun kunyit dan kacau lagi.
kemudian masukkan santan pekat dan kacau perlahan.
masukkan pula ajinomoto, maggi cukup rasa, garam dan gula secukup rasa. kacau perlahan.
masukkan ketam yang telah dibersihkan. kacau perlahan.
tambahkan air (campuran lebihan santan dari kotak). kacau lagi dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau sekali sekala.
akhir sekali masukkan epal hijau. kacau dan biarkan lembut sedikit.
jika rasa sudah sempurna matikan api dan hidangkan bersama nasi putih.


ketam masak lemak cili padi bersama epal hijau
https://www.youtube.com/watch?v=Duj6lHt9tjg&t=5s
jangan lupa subscribe youtube channel...terima kasih

No comments