Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT GERMAN/GERMAN COOKIES (TIDAK PERLU MIXER BISKUT TETAP GEBU DAN CAIR DI MULUT) PASTI JADI!!



Salam my kesayangan...

biskut german ni QH buat dah lama...buat untuk hari raya Aidilfitri yang lepas...baru hari ni berkesempatan untuk update di sini...maklum la masa nak raya tu...QH sibuk dan tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan kukis raya...Alhamdulillah...

biskut german ni senang sangat untuk membuatnya...tidak perlu pakai mixer pon dah boleh jadi dengan gebusnya...bukan itu sahaja...malahan rasanya yang sedap tu membuatkan agak payah untuk berhenti makannya...betul2 terasa butternya tu dan cair dimulut...kalau rajin nak lagi sedap letak pelbagai rasa...tetapi QH lebih suka dengan rasa butternya yang ori tu...


biskut ni QH ambil resepinya dari blog Masam Manis...bahan yang digunakan sangat senang untuk di cari...tepung kentang tu nanti cari di kedai menjual bahan2 buat kek tau...

ye la sejak ada channel youtube sendiri ni...QH pasti akan menyediakan video langkah demi langkah untuk membuat apa sahaja jenis masakan yang dicuba dengan cara yang amat mudah untuk difahami...caranya hanya perlu klik link https://www.youtube.com/watch?v=_hPNVCSA_hE&t=4s yang tertera dan teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tu tau...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...terima kasih


BISKUT GERMAN / GERMAN COOKIES
sumber Masam Manis
https://www.youtube.com/watch?v=_hPNVCSA_hE&t=4s

bahan2
250 gm mentega
80 gm gula ising - ayak
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm tepung kentang - ayak
160 gm tepung gandum - ayak
pewarna pilihan


caranya
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit (Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm/berat 8gm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak (celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas (tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).






german cookies
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments