Qasey Honey. Powered by Blogger.

UDANG TUMIS PEDAS SAYUR RAMPAI PASTI SEDAP..CUKUP 1 LAUK!


Salam my kesayangan...

Kembali memunculkan diri...heeee
selalu sangat sesat untuk singgah ke sini...maaf la semua yea...datang ke sini masih resepi yang lama dan kerap sangat tidak berupdate...terima kasih masih ada yang sudi singgah ke dapur QH ni...Alhamdulillah semakin hari semakin meningkat kembali traffic blog QH ni...korang cari resepi ape tuuuu...heeee

Teruskan beri sokongan pada blog QH ni tau...in shaa Allah dari masa ke semasa QH akan update resepi yang mantop, meletop, tersedap dan bermacam ter2 nanti...hiiiii...teruskan bersama tau...sayang korang...muahhhh cikit 


hasil kejadian resepi kali ni daripada kolaborasi kali kedua QH bersama MyAjinomoto...Alhamdulillah terima kasih kepada pihak team icookasia sudi memilih QH untuk menjayakan kempen "easy to cook" ini...

tema masih sama iaitu sayuran...rasanya kalau QH tak join kempen ni...agak susah juga QH nak masak lauk sayur macam ni...heee...sebab sayur ni menjadi pilihan yang hujung je2...ada baik dan bagus juga kempen ni...apabila dah siap lauk ni...sekali makan dengan nasi panas2...ehhh2 sedap la pulak...boleh la pulak makan...siap buat ratah lagi tu...adehhhh...

untuk resepi ni QH menyediakan juga video masak langkah demi langkah supaya lagi mudah untuk korang pula cuba...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=f6LVVmbrPws yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...banyak video2 yang menarik ada di sana...terima kasih dan selamat mencuba... 


UDANG TUMIS PEDAS SAYUR RAMPAI
https://www.youtube.com/watch?v=f6LVVmbrPws
 
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar - dihiris 
3 ulas bawang putih - dihiris
10 biji cili padi – dihiris
20 ekor udang segar - bersihkan
1 cawan air
1 batang lobak merah – potong mancis
1/4 biji kubis – hiris 
1 cawan daun bawang – hiris panjang 1inci
1/4 cawan minyak masak
1/4 sudu kecil ajinomoto 
garam secukup rasa



CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga layu.
2. Masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
3. Tambahkan kiub ayam dan air. Kacau sebati.
4. Masukkan lobak merah. Kacau sekali-sekala sehingga lobak merah layu.
5. Kemudian masukkan kubis. Kacau lagi sehingga kubis layu.
6. Akhir sekali, masukkan daun bawang.  Kacau dua tiga kali dan padamkan api dapur.
7. Perasakan dengan ajinomoto dan  garam. Jika rasa sudah sempurna matikan api.



udang tumis pedas sayur rampai
https://www.youtube.com/watch?v=f6LVVmbrPws
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments