Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAGU SANTAN GULA MELAKA YANG SEDAP DAN WAJIB DICUBA


Salam my kesayangan...

Rasa lama tidak bersua di sini kan...al maklum tiba datang penyakit M pulak nak singgah ke sini...heeeee

ni bukan la resepi baru QH buat...dari bulan puasa lagi dah ada...buat untuk menu iftar...bulan puasa hari tu ramai juga yang jual ni kat bazar Ramadan...tapi QH tak beli sebab sagu gula melaka ni sebelum puasa lagi dah teringin nak belajar buat sendiri...barang2 pon dah ada, tinggal nak rasmi je...QH buat pon tak banyak...cukup la untuk seisi rumah je...


yang QH buat ni menggunakan sagu berwarna putih...di pasaran sekarang dah ada jual sagu berwarna hijau dan pink siap2...lagi senang guna yang itu...tak perlu lagi letak pewarna makanan kan...kat rumah QH ada stok yang putih je jadi guna je la dulu bagi habis...kalau guna sagu warna putih ni boleh la nak letak warna lain ikut pilihan masing2...rasanya sama je yang bewarna atau tidak...

QH makan sagu santan gula melaka ni dengan jagung...perghhh rasanya bertambah sedap...rasa lemak manis dia...lagi sejuk lagi sedap...resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah untuk membuatnya...boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=JuHVk2KW36s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih




bahan sagu
2 cawan sagu putih
2 liter air
1 helai daun pandan
pewarna makanan pink dan hijau - optional

caranya
rendam sagu dengan sedikit air selama 30 minit
sementara tunggu sagu mengembang siapkan air gula melaka dahulu

setelah siap air gula melaka, baru la masak sagu
didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan sagu yang telah direndam tadi bersama daun pandan
kacau sehingga sagu bertukar ke jernih. matikan api
tapis sagu tadi dan lalu dengan air mengalir. 
bahagikan sagu tadi kepada 2 bahagian atau ikut pilihan masing2
warnakan dengan pewarna pilihan. ketepikan


bahan gula melaka
2 ketul gula melaka size kecil
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
1 cawan air

caranya
satukan bahan di atas ke dalam kuali/pan
kacau sehingga gula melaka larut dan sebati
matikan api dan ketepikan


bahan air santan
200 ml santan 
1 cawan air
1 helai daun pandan
garam secukup rasa

caranya
di dalam pan/kuali, satukan bahan di atas
dengan menggunakan api sederhana, sentiasa kacau sehingga santan meletup2.
matikan api dan sejukkan.


sagu santan gula melaka
https://www.youtube.com/watch?v=JuHVk2KW36s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

2 comments

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya QH..
Cantik berwarna warni.
CH selalu buat sagu putih ajer πŸ€—

Ibu Lala said...

sangat suka sagu gula melaka nih. tapi belum dapat hidayah nak buat. ermm sedapnya kalau dapat.