Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI CENDOL YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Selamat Hari Pekerja atau hari buruh buat semua...wahhh seronokkan dapat bersantai2 di rumah hari ni...dapatlah merehatkan diri setelah berhari2 menghabiskan masa di pejabat...terasa la diri ini dihargai...heeee...cuti kan siapa je tak suka...kalau boleh niat tu nak duduk di rumah je sepenuh masa tetapi apakan daya...banyak lagi tanggungjawab dan komitmen yang memaksa untuk teruskan bekerja...kerja juga merupakan suatu ibadah kan...sebenarnya yang penting hati tetap kena ikhlas dengan ape jua yang kita buat...barulah berkat...

Baiklah tak lama lagi kita semua umat islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan...apabila tiba bulan puasa ni sudah tentu berbagai resepi yang sedap dan agak special akan keluar di merata social media...semuanya akan done itu done ini...heeee...suasananya akan berlainan dari hari2 biasa...dulu2 tak merasa apa sangat apabila ketibaan Ramadan ni...bila dah usia2 ni sentiasa berdoa semoga dipanjang usia untuk menikmati Ramadan yang seterusnya...terasa indahnya Ramadan ni berbanding Syawal...kalau dulu lebih teruja apabila ketibaan Syawal tetapi sekarang berlainan...Alhamdulillah...semoga Allah memanjangkan usia kita semua supaya dapat menikmati Ramadan yang seterusnya, segala amalan kita sentiasa diberkati dan berada di bawah lindunganNya...aaminn...


Ni salah satu perkongsian idea dari QH buat semua...bila nak berbuka puasa nanti pasti nakkan hidangan yang istimewa untuk berbuka puasa kan...apa kata kali ni kita berjimat dan buat sendiri di rumah...yang sudah tentu kita tahu akan kebersihannya dan 1 keluarga dapat menikmatinya...

Cendol cukup sinonim dengan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama...semua suka lagi2 apabila cuaca panas...nikmatnya kalau dapat semangkuk kan...kekadang lepak2 dengan kawan ni juga la yang kita cari sambil berborak...kali ni QH buat cendol ni menggunakan cendol segera yang tersedia jual di pasaraya je...in shaa Allah kalau ada kelapangan QH akan tunjukkan cara nak buat cendol ni sendiri...

senang sahaja nak buat cendol ni...ibarat seperti pejam mata pon boleh buat la...heeee...untuk mudah faham QH juga turut menyediakan video langkah demi langkah jugak tau...klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=QP9cQXjo8LQ&t=16s untuk teruskan menonton...minta tolong pada semua untuk subscribe channel youtube QH tu yer...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...terima kasih tau...resepi ni ada di bawah...


CENDOL YANG SEDAP DAN MUDAH

bahan air gula merah
200 gm gula melaka
2 sudu besar gula merah
2 helai daun pandan
1 cawan air

bahan air santan
200 ml santan 
1 cawan air
1 helai daun pandan
1/4 sudu kecil garam

bahan sampingan
cendol segera
kacang merah
jagung manis - creamy
ais batu secukupnya - kisar


cara buat air gula merah
satukan gula melaka, gula merah, daun pandan dan air ke dalam kuali/periuk
masak di atas api sederhana dan kacau hingga semua sebati dan gula melaka tadi larut
masak sehingga air gula tadi sehingga mendidih dan matikan api. ketepikan sehingga sejuk.

cara buat air santan
satukan santan, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk/kuali
masak di atas api sederhana dan kacau hingga semua sebati
masak sehingga santan meletup2 dan matikan api(jangan masak santan hingga pekat). ketepikan sehingga sejuk.

cara buat cendol
kisar ais batu dengan menggunakan food processor/blender hingga hancur (snow)
kemudian masukkan ais tadi ke dalam mangkuk atau cawan
tuangkan pula air santan dan air gula merah tadi yang telah betul2 sejuk
akhir sekali hiaskan dengan cendol, jagung manis dan kacang. siap


 kolaborasi bersama tik.tok Malaysia

cendol
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments