Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUIH KETAYAP @ DADAR GULUNG YANG SEDAP DAN LEMBUT



Salam my kesayangan...

Cadangan iftar...

QH ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak cerewet juga la bab2 makan...QH juga agak jarang la nak membeli kuih muih yang dijual di bazar...entah mungkin dah banyak kali terkena kot...

Hari2 cuti begini apa kata kita buat sendiri kuih untuk Iftar nanti...sudah tentu ianya akan sempurna seperti yang diidamkan dan memenuhi selera keluarga...lagi pula sudah tentu kita sendiri boleh tentukan rasa dan rupa kuih kita tu nanti...tu la kelebihannya apabila rajin dan buat sendiri di rumah...jom cuba buat kuih ketayap petang ni...ada yang panggil kuih ni dadar gulung...mungkin ada nama lain lagi...ikut pada negeri la ekkk...kuih ketayap ni sedap tau...kekal lembut sampai ke petang...


seperti kuih ketayap ni...QH lebih suka inti kelapa tu tidak terlalu kering dan lebih tepat lagi lembab2...bila gigit tu terasa juicy nya inti tu...kalau inti terlalu kering rasa macam makan hampas kelapa la pulak...heee...warna intinya pula jangan la terlalu pucat...bagi gelap2 sikit...

untuk buat kuih ni kena sediakan intinya dahulu...kemudian diikuti dengan kulitnya pula...tak susah pon nak buat kuih ni...cuma kena berdiri lama sikit la untuk menyiapkan kulitnya tu sehingga siap...takpe hasilnya sangat berbaloi...

seperti biasa resepi ni juga QH ada sediakan video masak langkah demi langkah untuk semua adik2 yang baru2 belajar masak agar lebih mudah faham...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=FT8-h4lNCyE&t=18s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih...resepi ada di bawah


KUIH KETAYAP/DADAR GULUNG
sumber Zaimah Zakaria

bahan inti
1/3 cawan air
1 cawan gula melaka / gula merah
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (ambil putih shj)
2 sudu besar tepung gandum

caranya
di dalam kuali, satukan gula melaka, gula, air dan daun pandan. masak hingga gula melaka cair.
kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga sedikit kering dan berkilat menggunakan api kecil.
tambahkan tepung gandum dan kacau lagi hingga rata. matikan api.
inti jangan terlalu kering nanti tak sedap.


bahan kulit
1 cawan santan cair
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
1/4 sudu kecil garam
2 titik pewarna hijau epal - QH tambah (optional)

caranya
untuk dapatkan air pandan, kisar 6-8 helai daun pandan bersama 2 cawan air. kemudian tapis dan ambil airnya sahaja.
campurkan ke semua bahan2 di atas dan kacau hingga sebati. kemudian tapis adunan untuk dapatkan kulit yang licin dan cantik.
panaskan pan dan sapukan sedikit minyak menggunakan berus/tisu dapur atau daun pandan
ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan keseluruh pan
biarkan sehingga permukaan atas kulit dadar gulung ni masak (tak perlu di balikkan)
angkat dan buat sehingga selesai (setiap kali masak kulit yang lain jangan lupa sapukan minyak terlebih dahulu untuk memastikan kulit tidak melekat dan mudah untuk dilenggangkan)

apabila kulit telah siap di masak, ambil sekeping kulit dadar dan letakkan inti kelapa ditengah2 kemudian gulung dengan kemas. siap


ketayap @ dadar gulung
https://youtu.be/FT8-h4lNCyE
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments