Qasey Honey. Powered by Blogger.

CUCUR SAYUR AYAM YANG GARING DAN LEMBUT DI DALAM..MESTI CUBA


Salam my kesayangan...

dah buntu? malas keluar? tak tahu nak sediakan apa? apa kata kita buat cucur je untuk iftar nanti...akhirnya cucur ini juga yang menjadi pilihan QH pada hari tersebut...semuanya atas sebab2 di atas...terasa macam lama pula tak makan dan ehhh tersedap la pulak...heeee

di dalam cucur ni QH menggunakan isi ayam...rasa biasa2 sangat jika menggunakan udangkan...apa kata kasik tukar...sedap juga terasa isi ayam tu bila di gigit...lagi apabila sudah dicampurkan dengan sayuran lain...makan panas memang sedap...dah sejuk pon masih lembut lagi tau cucur ni, tak liat dan keras...


bila QH postkan cucur ni di IG...ada la yang bertanya...masak ke nanti isi ayam kat dalam tu? ayam tu perlu di gorengkan dahulu tak?

ni jawapannya...isi ayam tu tak perlu dimasak dahulu dan kenalah potong isi ayam tu kecil2...campurkan sahaja dengan bahan2 yang diperlukan dan goreng adunan dengan minyak yang banyak atau tenggelam...goreng cucur tu sampai garing dan isi ayam tu akan masak...angkat dan toskan minyak macam biasa...sedap dimakan dengan sos cili...

masih ragu2...untuk resepi ni QH sediakan video masak langkah demi langkah...sila klik pautan link https://youtu.be/Mv3tfNCxRuQ yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...banyak lagi resepi2 yang menarik ada di sana... 


CUCUR SAYUR AYAM
https://youtu.be/Mv3tfNCxRuQ

bahan2
1 batang lobak merah - potong dadu
1 biji kentang - potong dadu
1-2 biji cili merah - hiris
1-2 biji bawang besar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 cawan kobis - hiris halus
1 1/2 cawan ayam - potong kecil
4 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
3 cawan air

caranya
satukan kesemua bahan di atas. gaul rata. tambah air jika perlu
panaskan minyak masak dalam gorengan tenggelam. goreng cucur hingga garing dan bewarna keemasan.
angkat dan toskan minyaknya. hidangkan bersama sos cili


cucur sayur ayam
https://youtu.be/Mv3tfNCxRuQ
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments