Qasey Honey. Powered by Blogger.

BAHULU KAMPUNG / BAHULU CERMAI GUNA 4 BAHAN SAHAJA


Salam my kesayangan...

benda boleh buat sendiri buat apa beli...ngeee
jangan kecam dulu...sesekali kita ni ingin belajar dan ambil tahu je sesuatu resepi tu...bagaimana untuk menghasilkannya sendiri...bukan semua benda kita nak buat sendiri...bukan tak support bisnes2 kat luar yang ada tu...sekadar ingin mencuba jer...kalau menjadi alhamdulillah...bertambah pengetahuan yang baru...kalau tak menjadi tu baik beli je la dari membazir untuk mencuba lagi...heeee

sebab bila tengok orang buat macam senang jek...elok je menjadi orang tu buat...dalam hati mesti terdetik...orang lain boleh buat aku mesti boleh buat jugak la...apa lagi sampai ke dapur sendiri kita cuba la...adakan la bahan2 yang diperlukan...


ni cubaan pertama QH buat kuih bahulu...bahulu kampung sebab menggunakan bahan2 yang sangat basic iaitu tepung gandum, gula, telur dan sedikit esen vanilla untuk bagi aroma pada kuih bahulu ni...

dan sebenarnya ini cubaan kedua...yang pertama gagal akibat acuan melekat...akibat dah lama tak guna...gigih la mencari petua cara mengatasinya...ada ye QH kongsikan di bawah...lepas dah ikut step tu...ok acuan kembali normal...bila dah menjadi ni...baru lah boleh dikongsikan pada semua...tengok la kita boleh belajar 2 lagi ilmu kan...satu petua atasi acuan melekat dan keduanya resepi kuih bahulu yang ohsem...terima kasih pada keduanya yang sudi kongsikan resepi dan petua pada semua...

adunan kuih bahulu ni tak boleh nak di simpan...nanti ianya akan bentan...tu QH cuba dua kali...bahan tak banyak kali ni kita tutup mata je la bazir sikit...kalau macam2 tak juga la QH nak ulang...

seperti biasa QH menyediakan video langkah demi langkah untuk resepi ni di youtube...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=swI6QyWwQXw&t=32s yang tertera untuk terus menonton...jangan lupa untuk subscribe channel youtube Qasey Honey tau...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...selamat menonton dan mencuba...resepi ada di bawah...


BAHULU KAMPUNG MAK LANG
sumber Mak Lang (100 biji)

bahan2
10 biji telur gred A
400 gm gula
1 sb esen vanilla
250 gm tepung gandum - ayak 2x

caranya
Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter
Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi
Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa
Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 
Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut. 
Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.
Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas. 
Selesai membuat kuih bahulu. 


Acuan bahulu atau acuan kuih kemboja yang baru dibeli selalunya akan menyebabkan kuih melekat. Ini ada satu petua bagi mengelakkan acuan baru melekat apabila kita buat kuih cara, bahulu atau kuih kemboja.
Langkah 1: Ambil sejemput asam jawa, bancuhkan dengan segelas air dan masukkan bancuhan air asam jawa tersebut kedalam lubang2 acuan bahulu atau acuan kemboja. Pastikan bancuhan air asam jawa dituang didalam lubang acuan sahaja.
Langkah 2 : Biarkan ia semalaman.
Langkah ke 3 : Bersihkan acuan anda dari perapan asam jawa, jangan guna sabun. Basuh dengan air sahaja.
Langkah ke 4 : Panaskan oven anda dengan kepanasan yang rendah seperti 60 C.
Langkah ke 5 : Masukkan acuan tadi dan biarkan selama 30 minit sehingga ia betul2 kering.
Langkah ke 6 : Masukkan minyak masak kedalam lubang acuan bahulu atau kuih kemboja anda dan panaskan ia selama beberapa jam dengan oven bersuhu 60 C.


bahulu kampung aka bahulu cermai
https://www.youtube.com/watch?v=swI6QyWwQXw&t=32s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments