Qasey Honey. Powered by Blogger.

IKAN KERISI MASAK LEMAK CILI PADI TANPA TUMIS YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Kali ni masak lauk peberet...lama tak makan ikan kerisi dan masak lemak cili padi...jadi teringin dan masaklah...senang je QH masak lauk ni...takde tumis2 semuanya lebur je dalam kuali tu...ikan kerisi tu aje QH gorengkan dulu sebab taknak ikan tu hancur nanti...tambahkan telur dadar dah cukup ohsem dah menu pada hari tu...jom cuba...

resepi boleh tengok di bawah dan tak lupa juga QH sediakan video masak langkah demi langkah cara masak lauk ini...boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=H4SaEN0WHes yang tertera untuk terus menonton...jangan lupa subscribe youtube channel QH tau...terima kasih...


IKAN KERISI MASAK LEMAK CILI PADI

bahan ikan goreng
3 ekor ikan kerisi
serbuk kunyit
garam secukupnya
 
caranya
bersihkan ikan dan satukan semua bahan diatas. gaul rata. 
panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. 
angkat dan toskan minyaknya. ketepikan


bahan kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
12-15 biji cili padi
1 cawan air

 
bahan lain
2 cawan air (campur lebihan santan dr kotak)
2 batang serai - dititik
6 biji cili padi merah
1 batang lobak merah
6 batang kacang panjang
200 ml santan
gula dan garam secukup rasa




Caranya
panaskan kuali dan masukkan bahan yang telah dikisar.
kemudian masukkan air, serai, cili padi merah dan lobak merah. tutup periuk. biarkan kuah mendidih dan lobak sedikit empuk.
kemudian masukkan kacang panjang. kacau dan biarkan kacang empuk.
masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa. kacau perlahan.
akhir sekali masukkan ikan kerisi yang telah digoreng tadi.
jika rasa sudah sempurna matikan api dan hidangkan bersama nasi putih.



ikan kerisi masak lemak cili padi
https://www.youtube.com/watch?v=H4SaEN0WHes
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

2 comments

norhidana miswan said...

mesti sedap ni kak... dana jrang msk lemak ikan sebab selalu dia cpt hancur, abislah tulang2 dia kang terkeluar2 merata kt kuahnya...

tp tgk akak grg dulu ok jgk kan... takla dia hancur kan,

Cik Matahariku said...

tengok pic pun dah terliur :) biasanya ikan kerisi ni saya suka goreng je, then makan dengan sayur berlemak macam kobis ke, labu atau sayur air, tapi tengok resepi ni rasa nak cubalah..:)