Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM GORENG CILI BERAROMA YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN



Salam my kesayangan...

Sesekali selera QH suka pada masakan jenis kering2 begini...cukup hanya ditambah dengan telur dadar, sedikit ulaman atau kerepok ikan...itupon sudah cukup membuka selera tau...sememangnya QH suka pada masakan yang pedas2 tetapi tidak la terlalu pedas yang melampau...

untuk resepi ni QH masak megikut sesedap rasa selera QH jer...macam biasa bila nak di update ke blog QH kirakan juga la jumlah bahan2 yang digunakan...nanti nak suruh pengunjung main agak2 berbeza pula rasanya seperti yang QH masak...jika nak tambah mana yang kurang dipersilakan ye...


resepi ni sangat senang disediakan walaupon agak banyak juga bahan yang digunakan...boleh rujuk gambar di bawah...tetapi apabila masak mengikut step yang QH sediakan seperti resepi yang ada in shaa Allah kerja memasak akan menjadi mudah...

QH juga menyediakan video masak langkah demi langkah supaya senang adik2 atau pengunjung di luar sana untuk lebih faham dan mudah ikuti resepi ini...untuk menonton sila klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=P4fAeBy0gK0&t=42s yang disediakan...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau untuk menonton lebih banyak video2 masak yang menarik di sana...terima kasih


AYAM GORENG CILI BERAROMA
 
BAHAN AYAM GORENG
8 ketul ayam
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
 
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
10 biji cili padi

BAHAN LAIN
5 helai daun limau purut - hiris
1 biji bawang besar - potong bulat
1 batang lobak merah - hiris memanjang
1 biji kentang - digoreng
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos hoisin
Garam dan gula secukupnya


CARANYA
1. Satukan bahan-bahan untuk menggoreng ayam. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
2. Kemudian gorengkan pula kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Buang sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun limau purut.
4. Masukkan lobak merah. Biarkan sehingga lembut sedikit.
5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos hoisin. Kacau rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar. Gaul rata.
8. Perasakan rasanya, jika sudah sempurna matikan api.



ayam goreng cili beraroma
https://www.youtube.com/watch?v=P4fAeBy0gK0&t=42s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments