Qasey Honey. Powered by Blogger.

PENJAN MANISAN TRADISI NEGERI PERAK YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Hari ni QH singgah ke negeri Perak pula...agak teruja juga QH nak belajar buat manisan tradisi dari sana...QH pasti golongan muda sekarang ramai yang tidak tahu dan tidak mengenali akan manisan tradisi ini...QH pon kalau tidak google untuk mencari makanan tradisi dari sana pon sama tidak tahu akan kewujudannya...yang mana berasal dari Perak pasti tahu la kan...

Jadi untuk mengelakkan makan tradisi yang unik ini akan pupus...QH cuba untuk belajar buat Penjan Ubi Kayu ini dan berkongsi resepi kepada semua kerana tidak mahu resepi ni akan hilang begitu sahaja ditelan dek zaman...


Penjan ubi kayu ini mempunyai rasa yang manis dan mudah untuk disediakan...yang QH buat ni sebenarnya tidak seperti yang sepatutnya kerana telah mengasingkan ubi kayu yang telah direbus tu dengan air gula merah tu...

yang sebetulnya ubi kayu disatukan dengan air gula merah tersebut dan kacau sehingga ubi akan bertukar warna dan kuah likat seperti karamel kecoklatan...takpe kita belajar...lepas ni kalau buat lagi akan buat step seperti itu...nak tengok bagaimana penjan yang ori boleh je google dan lihat sendiri...

untuk resepi penjan ada QH sediakan seperti di bawah...tak lupa juga QH ada menyediakan video langkah demi langkah penyediaannya...klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=GWQdWB3_oH4&t=37s untuk menonton video tersebut...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...terima kasih


PENJAN
sumber FB CikMar Jhd
https://www.youtube.com/watch?v=GWQdWB3_oH4&t=37s

BAHAN-BAHAN
2 biji ubi kayu
2 helai daun pandan
Secubit garam

 
CARA MEMBUATNYA
1. Buang kulit ubi kayu dan potongkan kecil-kecil. Basuh sehingga bersih.
2. Sediakan periuk yang sesuai dan rebuskan ubi tadi sehingga empuk. Letak daun pandan dan garam secukupnya.
3. Apabila ubi sudah empuk, matikan api dan toskan airnya. Ketepikan.




BAHAN KUAH/SIRA GULA MERAH
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air panas
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula merah

 
CARA MEMBUATNYA
1. Sediakan kuali dan masukkan gula. Biarkan gula sehingga cair dan menjadi karamel. Gunakan api kecil untuk mengelakkan gula hangus.
2. Apabila gula sudah cair, dengan berhati-hati masukkan air panas perlahan-lahan sambil dikacau.
3. Masukkan daun pandan dan gula merah dan kacau sehingga kuah menjadi likat atau pekat.
4. Ambil ubi yang telah empuk tadi dan tuang ke dalam kuah caramel tadi. Gaul rata. Hidangkan ketika panas.





penjan
https://www.youtube.com/watch?v=GWQdWB3_oH4&t=37s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments