Qasey Honey. Powered by Blogger.

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH YANG SEDAP DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN



Salam my kesayangan...

Hari ni nak kongsikan antara dah jadi lauk peberet QH...sebelum ni dah pernah buat tapi memang tak sempat nak snap gambo sebab dah rasa lapar sangat bila tengok lauk ni dah siap...kali ni buat lagi pon sama...snap gambo asal boleh je la sebab keadaan perut tidak mengizinkan untuk berlama2 nak snap gambo...aromanya tu yang membuatkan kita tak sabar2 nak menikmatinya...jadi tak keruan dibuatnya la...idea pon boleh jadi hilang tau nak snap macam mana...kuat betul aura lauk ni...heeee

haaa tak percayakan...kena la cuba resepi ni sangat2 recommended tau...ikan tu kalau nak tukarkan ikan lain pon boleh tak semestinya nak siakap je kan...ikan kembung, ikan merah, ikan kerisi pon boleh...ikut pada bajet la ehhh


resepi kali ni bukan la resepi belasahan QH tetapi di ambil dari blog Kak DJ...sesekali nak merasa la resepi dari kawan2 kan...pada kak DJ terima kasih yea kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni pada semua...lauk ni dah menjadi peberet QH tau...

Pulak lagi resepi ni walau nampak je macam banyak bahan yang digunakan...macam leceh la untuk disediakan tetapi sebenarnya terlalu senang...apabila dah cuba pasti tak sangka la sekejap je dah siap...yang penting sedap pulak tu...

Nak melihat resepi asal boleh klik di SINI...untuk semak resepi dari QH boleh tengok di bawah yea...seperti biasa sekarang ni QH ada sediakan juga video step by step untuk memasak siakap bakar berempah ni...sila klik link yang ini https://www.youtube.com/watch?v=oOr6PcLCEak&t=15s sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih



SIAKAP BAKAR BEREMPAH SEDAP
sumber Dapurku Sayang

bahan kisar

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar kicap
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
air secukupnya

bahan lain
5-6 biji cili padi (titik) - suka pedas tambah lagi
gula dan garam secukup rasa
minyak masak


caranya
panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
masukkan cili padi dan kacau lagi hingga kuah sedikit pekat
akhir sekali perasakan dengan gula dan garam secukupnya


bahan untuk bakar ikan
1 ekor ikan siakap
1 helai daun kunyit - hiris halus
aluminium foil
daun kunyit - untuk alas ikan

caranya
sediakan aluminium foil dan alaskan dengan daun kunyit
letakkan separuh sambal yang dimasak tadi 
kemudian letak ikan dan sapukan lebihan sambal ke atas ikan hingga rata
balut aluminium foil dengan kemas dan bakar dalam oven selama 15-20 minit (180-200C) atau sehingga ikan masak
hidangkan bersama nasi putih



siakap bakar berempah sedap
https://www.youtube.com/watch?v=oOr6PcLCEak&t=15s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

1 comment

Cik Matahariku said...

sedapnya QH, saya suka masakan ikan yang macam ni..thanks kongsi resepi dan video, saya nak cuba buat jugak nanti:)