Qasey Honey. Powered by Blogger.

TEPUNG BOKO UBI KAYU GULA MERAH - KUIH TRADISIONAL POPULAR KELANTAN



Salam my kesayangan...

Bersua lagi...
Kali ni tiba giliran QH untuk mencuba resepi viral ini pula...banyak sangat resepi viral...kebanyakkan tak dapat QH nak ikut sama membuatnya...dah terkejar...heee...mana yang senang2 tu boleh la QH cuba...ada sedikit malas nak buat renyah2...sekarang ni suka buat sesuatu yang simple dan mudah...yang paling penting ianya sedap dan hasilnya memuaskan jerk...

Akibat sekarang banyak sangat social media yang QH ada kot...heee jadinya update ikut yang sempat je la...socmed pon penting juga perlu kena jaga supaya networking dengan follower sentiasa erat...tanpa mereka siapa la Qasey Honey ni...  


Ok berbalik kepada resepi viral ni...apabila ramai yang mencuba dah asyik berlalu lalang je di feed ig QH...jadi teringin la QH nak mencuba juga dan merasai bagaimana rasanya kuih yang sangat popular di Kelantan ni...

QH buat sikit la dulu sebab pertama kali baru nak rasa kuih ni...takut buat banyak2 nanti tak kena pula pada selerakan...tetapi apabila dan siap dan merasa sendiri kuih ni...sungguh QH rasa menyesal pula buat sikit...heee


Sedap rupanya kuih ni...patut la sekarang ni menjadi viral dan ramai yang menyukainya...QH kan suka kalau kuih yang ada santan di atas tu rasanya ada masin2 sikit...rasa sangat mengena je apabila makan...dalam masakan QH menggunakan rocksalt jadi nanti kandungan garam tu ejas2 sendiri la ehhh dengan garam yang biasa digunakan di rumah...

kuih tepung boko ubi kayu gula merah ni sedap di makan ketika masih panas dan sejuk...yang paling penting untuk menyediakannya sangat senang dan mudah...yang perlu ada rajin atau tidak jerkk...heee

Resepi ni QH ambil dari blog RASA dan resepinya ada QH salinkan seperti di bawah...untuk mudah memahami cara penyediaan kuih tepung boko ni boleh lihat dan klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=n04o4CKml5o 


TEPUNG BOKO UBI KAYU - GULA MERAH
sumber RASA

Bahan lapisan bawah
2 cawan ubi kayu – di parut
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 helai daun pandan
 
Caranya 
Masak bahan2 di atas kecuali ubi kayu sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Kukus sampai masak. Angkat dan ketepikan.


Bahan lapisan atas
1 cawan santan pekat - 1 kotak santan kara
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa 

Caranya
Satukan semua bahan di atas dalam periuk/kuali. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Angkat dan nikmati bersama ubi kukus tadi.




tepung boko ubi kayu gula merah yang sedap dan mudah
https://www.youtube.com/watch?v=n04o4CKml5o
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

No comments