UDANG MASAK LADA HITAM
Assalamualaikum dan
salam sejahtera semua…
Huwarghhhhhh…
Giliran rumah QH pula
yang takde air dari semalam…aduyaiiii serasa rimas dan susah nak buat kerja
jadinya…harap2 ketiadaan air ni dapat la di atasi dengan segera…hujung minggu
ni banyak projek yang QH nak buat…huhuhu…kalau takde air lagi sehingga hujung
minggu ni jawabnya tak berasap la dapur…paham je la bila takde air ni macam mana
nak memasakkan…sebabnya bila memasak ni banyak nak kena guna air…kalau tak rasa
macam tak puas pula…stok air yang ada kena simpan elok2…untuk kegunaan yang
terpenting sahaja…heeee…terpaksa la mencari sumber air kat rumah adik…
Ok la resepi yang QH
nak kongsikan hari ni…dah dimasak beberapa minggu yang lepas…lama dah baru
sekarang dah di update…heee…resepi ni resepi belasahan jerk dari QH…tapi Alhamdulillah
sedap…hehehe…nak tahu kena la cuba tau…sebenarnya ketika nak masak lauk udang ni…buntu
juga nak dimasak ape udang tu…sebab nampak udang ni kat pasar main beli jerk…tengok dalam
peti sejuk ada bunga kobis dan lada bengala…yang terpikir waktu tu…masak black
pepper jer la…QH pon gemar juga jenis masakan macam tu…ape lagi terus la
memasak dengan jayanya…senang jer nak masak lauk ni…resepi ada di bawah tu…SELAMAT
MENCUBA!!
UDANG MASAK LADA HITAM
Bahan-Bahan
1 kg udang sederhana besar - bersih dan belah belakangnya
1 kg udang sederhana besar - bersih dan belah belakangnya
serbuk kunyit
garam
tepung jagung
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARANYA
Gunting muncung udang. Belah belakang udang dan bersihkan. Cuci
dan toskan.
Lumurkan udang bersama serbuk kunyit
dan garam secukupnya.
Kemudian gaulkan bersama tepung jagung
sehingga rata.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng
sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
BAHAN KUAH
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1/3 biji lada bengala/capcicum merah
1/3 biji lada bengala/capcicum hijau
1 batang lobak merah
1/3 biji bunga kobis
1 biji bawang holland - potong bulat
2 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air + 1/2 sudu kecil tepung
jagung - bancuh
Gula dan garam secukup rasa
CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan bawang
besar dan bawang putih yang telah di hiris sehingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam yang telah di kisar
tadi. Gaul rata.
Masukkan kicap manis dan sos lada
hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah dan bunga
kobis yang telah di potong. Gaul rata.
Tambahkan bancuhan air yang telah di
campurkan dengan sedikit tepung jagung tadi.
Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan
udang yang telah di goreng terlebih dahulu tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang holland yang di hiris
bulat. Gaul rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit gula dan
garam secukup rasa. Perasakan rasanya. Sekiranya sudah cukup rasa, matikan api.
Hidangkan bersama dengan nasi putih
panas.
Post a Comment