SOTONG GORENG KUNYIT BASAH
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Untuk
penduduk di sekitar KL dan Lembah Klang macam mana…ade tempat yang mengalami
gangguan masalah air tak…setakat semalam rumah QH air masih ada lagi…hari ni
tak tahu lagi macam mana…tunggu balik kerja nanti baru tahu…harap2 tak terkena
la…tetapi di jadual yang dikeluarkan SYABAS tu…ada terselit area rumah QH…
Bila
takde air ni tetiba rasa macam sesak nafas pon ada kan…lagi bila isi rumah yang
ramai…paham sangat situasi tu bagaimana…sedangkan dalam rumah QH tak ramai
orang ni…dah bertong2 simpan stok air…kot la tetiba tersakit perut ker…tu semua
kena standby kan…heeee…nak memasak pon kena catu air…satu tabiat QH kalau
memasak atau membaking ke apa…mesti kejap2 nak basuh tangan…orang kata dah
terbiasa…kalau takde air camni memang tak reti nak buat kerja…heeee
Bersempena
kejadian catuan air sementara di sekitar KL dan Lembah Klang ni…nak memasak pon
lauk kena yang simple dan ringkas jer…tak boleh lauk yang renyah2…paham je la
kan bila memasak banyak guna pinggan mangkuk periuk kuali sudip sudu bagai…jadi
buat sementara ni masak yang simple jerk…yang penting sedap dan makan bertambah…heeeee
Hari
tu QH ke pasar ternampak lak sotong besar2 jadinya tekak kali ni teringin nak
makan sotong goreng kunyit basah2 pula…QH buat jenis berkuah sikit…lepas tu
letak la kacang panjang dan lobak merah sekali ke dalam tu…masak 1 jenis lauk ni dah
cukup sebab semua dah ade…senang jer nak sediakan sekejap jer dah siap masak…yang
pasti sedap tau…heeee…takpe sesekali puji diri sendiri…yang ni QH masak sedikit
pedas…kalau tak pedas macam tak umphhh lak rasanya…ok jom tengok resepi kat
bawah yer…
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
BAHAN2
1
kilo sotong - basuh sotong dengan perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir
5
biji bawang kecil - hiris
3
ulas bawang putih - hiris
1
inci halia - hiris
20
biji cili padi campur hijau dan merah - diketuk
1
biji lobak merah - dipotong 1 inci
10
batang kacang panjang - dipotong 1 inci
3
sudu kecil serbuk kunyit - tambah dengan sedikit air jadikan seperti pes
1
sudu kecil sos tiram
Air
secukupnya
Gula
dan garam secukup rasa
Minyak
untuk menumis
CARANYA
Tumiskan
bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian
masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga air sotong keluar.
Masukkan
pes kunyit yang telah dibancuh tadi dan sos tiram. Gaul rata.
Masukkan
pula lobak merah dan kacang panjang yang telah dihiris. Gaul rata.
Tambahkan
sedikit air sehingga berkuah. Kacau rata.
Masukkan
gula dan garam secukup rasa jika perlu.
Apabila
kuah telah pekat dan sotong telah masak, matikan api. Sotong jangan di masak
terlalu lama untuk mengelakkannya liat.
Siap
untuk dihidang bersama nasi putih panas dan ikan goreng garing.
Post a Comment