Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera…
Hari ni QH nak
kongsikan hasil eksperimen yang QH dah buat baru2 ni…hehehe…masa tu mood sangat
rajin untuk mencuba sesuatu yang lain…resepi yang QH nak kongsikan hari ni
adalah MINI BURGER CUPCAKE pula…untuk menghasilkan cupcake tersebut agak rumit
jugak penyediaannya bile pertama kali membuatnya…tapi hasilnya amat memuaskan
hati tau…
tapi jika ikut cara yang telah QH buat ni…InsyaAllah ianya akan
menjadi mudah dan seronok ketika membuatnya…lebih2 lagi bile dah meilihat hasilnye tu...sangat2 geram dengan kecomelannya...jadi macam saya nak makan pon yer jugak...setakat nak pandang2 dan lihat2 aje...tak dapat nak menahan nafsu untuk memakannya pula...hehehe...
Memula sekali kita
kena buatkan keknya terlebih dahulu…untuk cupcake ni…memerlukan kek yang
berlainan perasa dan saiz…satu untuk dijadikan roti burger dan satu lagi untuk
dijadikan dagingnye pula…
Untuk kedua2 kek
tersebut QH menggunakan kek span yang telah diambil resepinye dari blog
Rahel@Rahel Masak Apa?...QH memilih kek span ni sebab teksturnya yang lembut
dan sedap…QH dah pernah mencubanya sebelum ni…sila klik SINI yer…kawan2 pon
memang cakap kek ni memang sedap dan rasanya juga tidak terlalu manis…terima kasih yer Rahel sebab sudi kongsikan resepi kek span yang sedap tu...
Dugaan tetap ade ketika membuat cupcake ni...disebabkan kecomelannya...setiap kali siap satu burger tu...setiap kali tu jugak la ianya masuk ke mulut...hehehe...sampai tak sedar dah berapa ketul yang QH dah makan...hihihi...
Semasa nak menyusun dan aturkan cara nak melapis mini burger ni...QH rujuk di web McDonalds...hehehe...tengok lebih kurang cara susunan big mac burger tu...oh yer sebelum terlupa...idea nak buat mini burger ni QH dapat dari blog Pretty Small Bakery...masa tu QH mencari design2 untuk mendeco kek...tu yang terjumpa mini burger tu...tapi disitu tiada resepinya...sebab empunya blog ni biznes...cuma dapat tengok sample2 kek yang telah ditempah...
Di bawah ni nanti...QH ade sediakan step by step untuk membuat mini burger cupcake ni...jika ade yang terkurang atau ade cara yang mungkin QH terlupa...sila la komen dan beritahu QH yer...selamat mencuba semua....
Kek Span VANILLA
Sumber:Buku Resepi
Bahan2:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/tpg
superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak
masak/mentega cair
1 st esen vanilla
Perwarna kuning
Sedikit bijan putih -
untuk ditabur atas kek
Cara QH
1. Panaskan oven pada
suhu 170'C. Siapkan loyang dan mangkuk kertas secukupnya.
2. Satukan bahan
bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar
sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga
sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke
dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas 3/4@penuh. Selepas
itu, taburkan bijan putih atas kek tersebut. Bakar selama 15-20 minit.
4. Bila sudah masak
keluarkan kek dari acuan. Biarkan ia sejuk, kemudian belah 2 dibahagian tengah
untuk dijadikan roti burger.
Kek Span COKLAT
Sumber:Buku Resepi
Bahan2:
60g gula kastor*
5g ovalet*
2 biji telur gred A*
65g tepung kek/tpg
superfine*
1/2 st serbuk penaik*
20ml air
30g minyak
masak/mentega cair
1 st esen vanila
1 sb coklat emulco
Cara QH
1. Panaskan oven pada
suhu 170'C. Siapkan loyang dan mangkuk kertas secukupnya.
2. Satukan bahan
bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar
sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga
sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke
dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas 1/4. Biarkan nipis
untuk dijadikan sebagai dagingnye pula. Bakar selama 15-20 minit.
4. Bila sudah masak
keluarkan kek dari acuan. Biarkan ia sejuk.
Tips: Untuk buat daging burger tersebut QH
garingkan sedikit keknya. Cara untuk menjimatkan penggunaan mangkuk kertas pula,
cara yang QH lakukan adalah keluarkan kek dan gunakan semula mangkuk kertas
tersebut 2 kali. Lagipon kek tersebut cepat sejuk sebab saiznya yang kecil.
Untuk buat kepingan cheese pula QH menggunakan fondant yang telah dikalerkan kuning. Beli yang dah siap tu aje. Lepas tu dicanai nipis dan dipotong 4segi.
BUTTERCREAM
(untuk buat salad dan
sosnya)
Bahan2
78 gm shortening
78 gm butter
78 gm krimwell
7o gm gula aising (blend
dan ayak)
Pewarna hijau - untuk
daun salad
Pewarna merah - untuk
sos
Cara-cara
1. Pukul shortening dan
krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg
hingga kembang dan putih.
2. Bahagikan buttercram tersebut kepada 2 bahagian. Sesuaikan warnanya. Kaler hijau untuk dibuat salad dan kaler merah untuk dibuat sosnya.
3. Untuk buat salad gunakan nozel untuk daun dan untuk sosnya pula gunakan nozel untuk buat bunga ros atau bulat.
CARA UNTUK MEBUAT MINI BURGER
1. Potong bahagian tengah cupcake tersebut untuk dijadikan roti burger.
2. Ambil lapisan bawah cupcake tersebut dan paipkan buttercream hijau disekeliling kek tersebut.
3. Selepas itu, lapiskan pula dengan kek coklat untuk dijadikan sebagai dagingnya pula.
4. Di atas lapisan kek coklat tersebut, paipkan buttercream merah disekelilingnye.
5. Ambil kepingan fondant kuning tadi, letak diatas kek tersebut untuk dijadikan lapisan cheese pula.
6. Akhir sekali, letakkan lapisan atas kek yang telah dipotong tadi. Lepas itu cucukkan mini burger tersebut dengan lidi. Siap.
Sila la ambil sorang satu yer...jangan berebut2 tau...banyak lagi tu...hehehe....
Post a Comment