Qasey Honey. Powered by Blogger.

TUTTI FRUTTY RAINBOW CAKE

Assalamualaikum….

Selamat petang semua….

Hari ni QH lambat sikit bersiaran…banyak benda harus dibereskan terlebih dahulu…


Hari ni merupakan hari istimewa bagi QH dan hubby…hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami berdua yang ke dot dot…rahsia…tapi kami takde sambut secara besar-besaran...cuma sambut dengan keluarga terdekat aje…seperti tahun2 sudah jugak…kebiasaannya mesti sambut anniversary di kampong…termasuklah hari ni…nape ntah????


Hadiah untuk anniversary kali ni macam takde aje…tengok hubby pon slumber…macam takde ape2…huhuhu…sedih…saje nak tulis disini…biar dia tau…sebab dia pon pembaca setia blog ni…kalau ade komen mengenai resepi dalam blog ni…dia yang bagitau…QH bagi sepasang kasut aje pada hubby…advance lagi…masa tu kami jalan2 kat Times Square…tengok kat Sembonia lak ade sale…so terus suruh hubby pilih mane yang dia berkenan…termasuklah QH pilih mane yang diri sendiri berkenan juga…hahaha…tapi QH tak kisah sangat kot…kalau hubby tak bagi…sebab permintaan QH sebelum2 ni…dah melebihi hadiah anniversary…advance dah bape kali advance…setiap kali mintak dibelikan…hehehe…nasib hubby QH la kannn3x…


Jadi bersempena hari istimewa ni…QH ade lah membaking kek untuk anniversary kami…QH buat Rainbow Cake…resepi ni QH ambil dari blog Resepi Citarasawan…dari hari Kak Wan publish kek ni lagi…terus berkenan menengoknya…asyik menghitung hari bile la dapat buat kek ni…pastu QH tengok ramai juga blogger2 lain pon memcuba buat kek ni…lagi la tak sabo dibuatnya…siap cakap ngan kawan2 nak buat kek ni nanti…risau buat tak jadi yea juga…


Dengan lafaz bismillah…hari Isnin lepas QH buat la kek ni…sebelum balik ke kampong…tak boleh nak tunggu lagi…kebetulan mak pon ade kat rumah QH…boleh la dia tolong2 ape yang patut…basuh pinggan ker…hahaha…alahai kejamnya…

Pertama kali buat kek sebiji ni…amik masa yang lama gak QH membakingnye…setengah hari jugak kot…campur tolak darab bahagi amik gambar siap…hehehe…loyang lak ade 1 aje…jadi bergilir2 la adunan tu masuk ke loyang…memang tak teringat langsung nak beli loyang lebih…jadi QH buat 3 color jer dari resepi asal…QH juga tambah paste buah2an pada setiap adunan kek tersebut…bile dah siap kek ni memang sedap…terima kasih pada Kak Wan sebab sudi share resepi kek yang sedap ni…


Untuk toppingnya pula…QH juga tak menggunakan whip topping macam Kak Wan…QH guna buttercream yang tak akan cair walau keadaan panas…resepi ni QH ambil dari My Resepi oleh Kembangkempis…QH guna buttercream ni sebab kek ni nak dibawa ke kampong…perjalanan jauh…dari KL ke Kluang, Johor…so buttercream ni memang sesuai…QH siap singgah Melaka lagi…kredit pada empunya resepi asal ni…jadi pada sesape yang sekiranya nak bawak kek jauh2 boleh la guna buttercream ni…

Pada Kak Wan dan Kembangkempis…QH mintak izin untuk letak resepi awak berdua di sini pula yea…jom kita tengok resepinya pula yea…


Tutti Frutty Rainbow Cake

Bahan2
430gm tepung gandum all purpose - QH guna tepung kek
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam - QH letak jugak utk hilangkn hanyir telur
pewarna pink + strawberry paste*
pewarna violet + blueberry paste*
pewarna hijau + lemon paste* - *QH tambah
serbuk koko secukupnya (K1 tambah) - QH xletak

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) - QH xguna

Loyang 8" di alas dan di gris - QH guna loyang size 9”

Cara-cara :


1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.


BUTTERCREAM - xpyh simpan dlm peti sejuk..xcair
By: My Resepi

Bahan2 ( sebiji kek )
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1. Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


4 comments

Jujue Ahmad said...

salam.. sedap, cantik n teruja tgk rs nk jer kek ni. jue nk tanya proses bakar kek tu buat 3 terus atau asing2..

Qasey Honey said...

wslm JUJUE AHMAD...
hehe...tq...jue kek tu bakar asing2...

Ainna T-Hah said...

salam..nk tnya , bekas push up cake ad jual kt mane ye ? n brape hrga satu eh ? :)

Nur-nba said...

Perghhh mengancam betul kek ni.. :)