UDANG KAM HEONG SEDAP TAK TERKATA



Salam my kesayangan...

Hari ni QH tak sabar2 nak kongsikan resepi yang sedap tak terkata...resepi ni dah berkali2 juga QH masak sebelum ni...cuma QH tak snap gambarnya dan tidak di update di sini...apabila dah menghadap lauk yang sedap di depan mata...sudah pasti tidak sabar untuk menikmatinya...apalagi terus ambil pinggan la jawabnya...heee

resepi ni QH dah kongsikan di IG...haa tu la nak update terkini kena la follow ig QH...heeee



sumber resepi ni QH tak ingat ambil dari mana...tapi ianya hasil carian dari google beberapa tahun yang lepas...hasil dari carian google resepi ni di masak tanpa ada sayuran...yang QH punya versi ni QH tambahkan lobak merah dan kacang botol...menjadikan lauk ni lengkap ada segalanya...heee...senang masak satu lauk aje...nak menyedapkan hidangan ni QH tambahkan telur dadar dan bawang putih goreng...sangat2 membuka selera betul...

diet?? QH lupakan terus...heee...terasa rugi pula nak sekat2 makan time masak sedap2 begini...nak lihat bahan dan resepi ada di bawah tu tau...kalau nak berkuah sikit tambahkan air yea...





jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

UDANG KAM HEONG
BAHAN2
20 ekor udang size xxl 
garam secukup rasa
serbuk kunyit
tepung jagung

BAHAN KISAR KASAR
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
15 biji cili padi
3 biji lada merah

BAHAN SOS
3 sb serbuk kari
3 sb sos cili @sajimalaysiaofficial
3 sb sos tomato @sajimalaysiaofficial
3 sb kicap @sajimalaysiaofficial
2 sb sos tiram @sajimalaysiaofficial
segenggam kacang gajus - optional
3 pelepah daun kari
1 batang lobak merah - hiris
5 btg kacang botol - hiris
gula dan garam secukup rasa
minyak masak



CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan udang bersama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
2. panaskan minyak dan goreng kacang gajus. jangan sampai hangus. angkat dan ketepikan.
3. kemudian gorengkan udang sehingga garing. angkat dan ketepikan.
4. guna minyak yang sama, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
5. masukkan serbuk kari dan daun kari. gaul rata.
6. masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. gaul rata.
7. masukkan lobak merah dan air secukupnya. biarkan sehingga lobak empuk.
8. masukkan pula kacang botol, garam dan gula secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan udang yang telah digoreng tadi.
10. Perasakan rasanya jika sudah sempurna, matikan api. Siap untuk dihidang.



Tags:

Share:

0 comments