MUFFIN PISANG YANG SEDAP / BANANA MUFFIN



Salam my kesayangan...

Haa tu dia...apabila dah start bermuffin...hari berikutnya pon nak buat lagi...sebab senangkan nak buatnya...kali ni teringin nak makan mufin pisang pula...sedap tau mufin pisang ni...semasa di bakar...bau harum semerbak 1 rumah...siap je bakar terus rasa tak sabar nak merasa...masih panas lagi QH dah ngap...dah tertiup2 mufin tu sebelum masuk ke mulut...buruk perangaikan...heeee



resepi muffin ni QH ambil dari blog Izah Muffin Lover ...terima kasih Izah...QH kongsikan resepi ni di sini pula yea...

resepi ni QH gantikan penggunaan gula biasa kepada gula dari @treasure sugar...guna sikit pon sudah cukup manisnya...nak ketahui lebih lanjut mengenai gula ni boleh ke page tresure sugar di IG atau laman web...

untuk melihat resepi mufin ni ada QH sediakan seperti di bawah...selamat mencuba...


MUFFIN PISANG YANG SEDAP

Bahan2
2 cawan tepung gandum
11/2 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate
2 biji telur gred A
11/3 cawan gula - (QH gantikan 1/2 cawan gula @treasuresugarliving)
200gm pisang
1/4 sk garam - rocksalt
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
1 sk vanilla
coklat chip - hiasan


Caranya
panaskan oven 200C
lenyek pisang hingga hancur n letakkan garam. ketepikan
satukan tepung gandum, baking powder n soda bicarbonate. ketepikan
dalam bekas yg lain pukul telur n gula hingga sebati
masukkan pisang lenyek n gaul rata
masukkan minyak masak, susu segar n vanilla. gaul rata
kemudian masukkan campuran tepung n gaul rata
sudukan aduanan ke dalam papercup n taburkan coklat cip
bakar muffin selama 15min suhu 200C dgn api atas bawah




Share:

0 comments