EPAL ROSE PASTRI / APPLE ROSE PUFF PASTRY



Salam my kesayangan...

Lama QH tak update resepi pastrikan...kali ni jadi teringin pulak...QH buat pon tak banyak...memanjang berlalu lalang di google dan IG...QH jadi teringin juga la nak mencubanya...kepingan pastri tu QH beli yang dah siap je dari jenama kawan...belum belajar lagi cara nak buat sendiri...heee...tapi QH dah jumpa cikgunya...in shaa Allah ada jodoh bertemu jua nanti...yang ni QH buat 6 ketul tu aje...tu aje yang mampu untuk disiapkan...heeee


Boleh tahan mencabar juga nak buat epal rose pastri ni...hasil dari QH ni pon tidak kemas...ada yang tebal ada yang nipis hirisan epal tersebut...paling mencabar bab nak mengulung pastri tu...ada yang degil terkeluar2 lak hirisan epal tu...biasaaaa dia...heeee...kalau hiris nipis2 lagi mungkin senang nak handle...

Epal rose pastri ni sedap makan panas2 tau...bahan2 yang QH guna seperti di bawah tu tau...cara2nya pon ada QH tunjukkan di youtube... 



EPAL ROSE PASTRI

BAHAN-BAHAN
Kulit pastri secukupnya
Gula icing – untuk hiasan

BAHAN KEPINGAN EPAL
1 biji epal merah
3 sudu besar gula perang
50 gm mentega
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
1. Sediakan air dan campurkan dengan sedikit garam ke dalam bekas.
2. Epal dibelah dua kemudian buang biji dan hiris nipis-nipis. Masukkan hirisan epal terus ke dalam bekas air yang dicampurkan dengan garam tadi untuk mengelakkan hirisan epal menjadi lembam.
3. Di dalam kuali leper, masukkan mentega, gula perang dan garam. Kacau sehingga gula cair dan semua sebati.
4. Kemudian masukkan hirisan epal tadi dan masakkan sebentar (jangan sampai epal lembik).
5. Matikan api dan toskan airnya. Lebihan air epal tadi jangan dibuang.



BAHAN SAPUAN KASTARD
Air rebusan epal
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil tepung kastard
Secubit serbuk kayu manis

CARA MEMBUATNYA
Campur dan masakkan ke semua bahan di atas sehingga agak likat. Gunakan api yang kecil. Sentiasa kacau agar tidak berketul.

CARA PENYEDIAAN EPAL ROSE PASTRI
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 160C-170C.
2. Ambil sekeping kulit pastri dan potongkan selebar pembaris. Gelekkan doh sehingga nipis. 
3. Sapukan sapuan kastard ke kulit pastri tadi. Susun hirisan epal secara berlapis dan lipat serta gulungkan doh. Lekatkan hujung gulungan dengan sedikit air.
4. Letakkan gulungan doh tadi ke dalam bekas pembakar muffin atas cawan kertas supaya gulungan tidak terbuka semasa di bakar.
5. Bakar selama 40-45 minit dengan menggunakan api bawah. 10 minit terakhir gunakan api atas sahaja.
6. Apabila telah masak keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Taburkan dengan gula icing.


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih




Share:

0 comments