LASAGNA AYAM YANG SEDAP



Salam my kesayangan...

Hari ni jom la kita tukar sedikit selera tu...heee...di IG feed juga seperti dibanjiri dengan pelbagai versi resepi lasagna...biasa la bukan boleh termula seorang buat...mula la yang lain akan mengikutnya...tu la dia kuasa social media sekarang ni...

pilihan QH kali...nak makan lasagna ayam pula...idea resepi ni QH ambil dari blog kak Ita...sebenarnya tidak sepenuhnya kita ikut resepi ni dari kak Ita kecuali sos putih cheese tu sahaja...nanti boleh la banding2kan antara resepi QH dan kak Ita yer...dua2 sama sedap...heee



nak buat lasagna ni...terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat...secara kasar nampak rumit untuk menyediakannya...bahan juga nampak banyak yang perlu disediakan...tetapi kalau ikut caranya satu persatu dengan betul...mudah saja nak buat lasagna sendiri di rumah...

selalu makan diluarkan...sesekali tu cuba la masak sendiri di rumah...malahan berbaloi tau...banyak yang boleh dihasilkan...untuk lasagna ni QH tidak menggunakan garam kerana sos pasta tu sendiri sudah cukup rasanya...

jom la tengok langkah2 untuk menyiapkan lasagna yang sedap dan rasanya setanding dengan restoran2 mewah yang ada...



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

LASAGNA AYAM YANG SEDAP

BAHAN SOS PASTA
1 biji bawang holland – potong dadu
4 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar cili giling
500 gm isi ayam – kisar halus
1 kuib ayam
1 tin sos pasta tradisi adabi
2 sudu besar sos cili
3 cawan air atau secukupnya – lebihkan air jika kepingan lasagna tidak direbus
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil black pepper
Gula secukup rasa
1 biji lobak merah – potong dadu
1/3 biji capsicum merah – potong dadu
1/3 biji capsicum hijau – potong dadu
Sedikit daun sup/daun ketumbar



CARANYA
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan isi ayam yang dikisar. 
Masukkan kiub ayam. Gaul rata.
Masukkan sos pasta dan sos cili. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan pula oregano, mixed herbs, black pepper dan sedikit gula. 
Masukkan lobak merah, apabila telah empuk masukkan pula lada capsicum merah dan hijau.

Akhir sekali masukkan daun sup/daun ketumbar. Apabila telah masak dengan sempurna padamkan api. Ketepikan.


BAHAN SOS PUITH CHEESE
2 sudu besar mentega 
4 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar – jika kurang tambah kemudian 
5 keping cheddar cheese
1 kiub ayam
Sedikit lada sulah


CARANYA
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan kiub ayam dan lada sulah sedikit.
Kemudian padamkan api.


CARA MEMLAPIS LASAGNA AYAM 
1 kotak instant Lasagna
200 gm parutan mozzarella cheese
sedikit daun bawang – untuk tabur di lapisan terakhir

Panaskan oven pada suhu 180C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas




Tuangkan sedikit sos pasta tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause dan taburkan daun bawang
Pastikan sos pasta tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi   
Taburkan hirisan mozzarella cheese
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dengan lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.


Tips tambahan dari tuan empunya resepi
Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego/sos pasta tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego/sos pasta. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!


Share:

0 comments