ASAM PEDAS UDANG YANG SEDAP



Salam my kesayangan...

Bertemu lagi di sini...
Dah rancangan apa hidangan yang ingin di masak pada hujung minggu nanti...
nak kongsi la sedikit rahsia...nak tahu setiap kali sebelum hujung minggu2 berikutnya...QH dah rancang siap2 minggu ni nak masak apa...minggu depan pula nak masak...tiap2 minggu memang QH buat macam tu dan akan menyenangkan untuk menyediakan bahan2 yang perlu dibeli...mula tak pandai juga nak buat macam ni...selalu la terlebih beli dan barang2 tu tak digunakan pon sampai sudah...dah jadi membazir...apabila QH dah rancang, baru la kurang sikit bazir2 ni...sebab QH ni tunggu hujung minggu atau waktu cuti jer baru memasak...itupon kalau tidak terganggu dengan aktiviti2 yang lain...



Apabila masa untuk memasak terhad...biasalah macam2 yang ingin dibuat dan cuba...kali ni QH tukarkan la sedikit dari kebiasaan...biasa masak asam pedas ayam la, ikan la...kali ni QH tukar pada udang pula...

sedap rupanya...bertambah sedap apabila menggunakan udang segar...terasa kemanisan udang dan kepedasan kuah asam pedas ni...ketika mengupdate ni masih terasa2 lagi akan kesedapan asam pedas udang ni...

pada yang ingin mencuba resepi dari QH ni...resepinya QH sertakan di bawah tu yer...selamat mencuba...



ASAM PEDAS UDANG

BAHAN2
1/2kg udang - size xl - buang kotoran di belakang udang 
1 paket perencah asam pedas adabi
1-2 sudu besar cili giling - ikut tahap kepedasan
1 sudu besar pes asam jawa xtra - bancuh dgn sedikit air
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan - belah dua
sayur bendi - ikut suka nak letak banyak mana
daun kesom - ambil daunnya sahaja
1-2 biji tomato - belah 4-6
3 cawan air atau secukupnya - jangan terlalu cair
serbuk cukup rasa maggi
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 batang serai
1 sudu besar lada hitam






jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih
CARANYA
buang kotoran di belakang udang dengan pengcungkil gigi, tak perlu belah. cuci bersih dan ketepikan.
kisar bahan2 kisar dengan sedikit air sehingga lumat.
panaskan kuali atau periuk dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
tumis bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
kemudian masukkan cili giling. kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
masukkan perencah asam pedas. kacau sehingga pecah minyak sekali lagi.
masukkan pula bancuhan air asam jawa. kacau lagi dan biarkan sehingga pecah minyak lagi.
masukan daun limau purut dan tambahkan air secukupnya.
masukkan daun kesom. biarkan sehingga kuah mendidih.
tambahkan garam, gula dan serbuk cukup rasa secukupnya.
masukkan udang. kacau perlahan. biarkan seketika.
masukkan buang kantan.
apabila udang dah masak, masukkan sayur bendi dan tomato sambil kacau2 manja. 
perasan kuah jika sudah sempurna, matikan api. siap dan hidangkan bersama nasi putih dan telur dadar.






Share:

0 comments