SAMBAL PETAI UDANG DAN SOTONG SEDAP



Salam my kesayangan...

hari ni lauk dari dapur QH edisi untuk menghabiskan stok di dalam peti sejuk...dah tinggal belen2 ni kan kita kawin2 kan je lauk2 tu dalam 1 menu...senang kerja...heeee...tak payah nak pening2 kepala fikirkan...haaa lagi satu bagus untuk elakkan pembaziran...Alhamdulillah sedap...

Kebetulan petai tu ada la kekawan di opis yang bagi...ok cun boleh tambah dalam sambal ni...walaupon QH tak makan petai...sesekali teringin jugak nak ada aroma dari petai tu dalam masakan...pasti bertambah makan...berselera QH pada hari tu...heee



bila masak lauk begini cuma tambahkan telur dadar atau telur masin dan sayur2 jika suka...ok la resepi cara QH masak ni ada di bawah yea...



SAMBAL PETAI UDANG DAN SOTONG

BAHAN2
10 ekor udang galah
4 ekor sotong
1 papan petai
2 sudu besar cili giling
1 cawan air pes udang – guna air biasa pon boleh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar asam jawa xtra
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inic kunyit
2 batang serai


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan minyak.
Masukkan cili giling dan kacau biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan air pes udang dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan pula petai, asam jawa xtra, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan sotong dan biarkan sehingga air sotong keluar.

Masukkan pula udang dan kacau. Biarkan sehingga masak sempurna. Perasakan rasanya. Jika sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang.


Share:

0 comments