NASI GORENG UDANG GALAH YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Apabila tiba musim hujan ni...perut ni selalu sangat la menderhaka pada tuannya...selalu nak minta diisi jer...yang tuannya pon jadi serba salah dah...tak buat karang lapar la pulak...heee...

Ada masa kita nak makan yang simple2kan tapi mengenyangkan dan ada masa nak makan macam2 tetapi malas nak masak...kali ni QH masak yang simple jer tetapi paling digemari oleh semua orang...



Nasi goreng begitu sinonim dengan rakyat Malaysia...tidak kira bangsa dan agama...hidangan ni pasti menjadi pilihan utama apabila ingin bersarapan, minum petang dan makan malam...selalu masak pon tak akan pernah jemu...lagi pula di dalam nasi goreng ni suatu hidangan yang lengkap kerana di dalamnya pelbagai bahan yang kita letak...ada sayur...ada sumber protien lagi...

nasi goreng yang QH masak ni senang aje tau sebab QH mengunakan perencah nasi goreng dari adabi...macam sayuran boleh nak tukar2 atau tambah sayuran yang lain...ikut selera masing...yang seperti QH masak ni...resepinya ada di bawah...takde udang galah boleh je nak gantikan dengan udang biasa...pon sedap jugak...



NASI GORENG UDANG GALAH

BAHAN2
3 cawan nasi putih 
10 ekor udang galah - bersihkan belakang udang
1 paket kecil perencah nasi goreng adabi
2 sudu besar cili giling
1 batang lobak merah - potong dadu
4 batang kacang botol - potong kecil
2 biji telur
1 kiub ikan bilis 
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan minyak.
kemudian masukkan cili giling. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
Pecahkan telur dan biarkan seketika barulah dikacau.
Masukkan perencah nasi goreng dan kacau sebati.
Masukkan pula kiub ikan bilis dan gula secukupnya.
Masukkan udang dan kacau.
Masukkan lobak merah. Apabila dah hampir empuk masukkan pula kacang botol.
Akhir sekali masukkan nasi putih. Gaul rata dan perasakan rasanya. Tambah garam jika perlu. 
Matikan api dan siap untuk dihidang. Boleh tambah ayam goreng ketika dihidang.




Share:

0 comments