MEE REBUS ASLI YANG SEDAP



Salam my kesayangan...

Kali ni QH nak kongsikan resepi mee rebus pula...mee rebus ni berasal dari negeri Johor tau...dari negeri kelahiran QH...tetapi sekarang di mana2 senang nak dapatkan mee rebus ni jika teringin...cuma keasliannya tetap di Johor...kalau di Johor cukup sinonim dan terkenal dengan Mee Rebus Hj Wahid...sebut jer pasti ramai yang tahu akan kesedapan mee rebusnya...memandangkan QH menetap di KL...bila2 rasa teringin ni kena la buat sendiri...pernah je beli tetapi tidak menepati citarasa QH...takde nikmat apabila menikmatinya...ada saje yang terkurang di sana sini...heeee

Nak buat mee rebus ni ada beberapa step yang perlu di buat...di bawah ni QH dah susun mengikut turutan...ajommm mula...


Mee Rebus Asli

Bahan tepung udang kering
1/4 cawan udang kering (dikisar)
40 gm tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan tepung udang kering
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan cair.
Goreng bancuhan tepung tadi dengan cara merenjis adunan ke dalam minyak yang banyak dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan. Ketepikan.


Bahan kuah
2 keping dada ayam (dipotong kecil)
1/2  biji keledek oren (direbus dan dikisar)
1 1/2 sudu besar cawan taucu (dicuci dan dikisar)
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar             
1 inci halia - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 batang serai - dititik    
1 inci lengkuas - dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan kacau rata. Kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar.
Masukkan air secukupnya. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah pekat matikan api.


Bahan Hiasan
450 gm mee kuning (dicelur)
Tauhu goreng
Daun sup
Bawang goreng
Telur rebus
Lada hijau
Taugeh
Limau kasturi

Cara menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan taburan tepung udang kering.
Tuang kuahnya ketika hendak menghidang.


Tags:

Share:

0 comments