KUEY TEOW GORENG KAMPUNG



Salam my kesayangan...

Menu simple je di entri kali ni...tetapi tetap sedap...ehhh mesti la sedap sebab sendiri masak sendiri makan...heee

Kadang ada masa nak makan tapi malas nak masak kan...kalau time rajin yang amat...lebih dari 1 lauk pon boleh siap berkuih atau berdessert bagai...yang ni mood malas ala kadar namanya...heee

Kali ni ubah la sikit...biasa nasi yang kita kampungkan kan...kali ni tiba giliran kuey teow kita kampungkan pula...sedap juga sesekali kita ubah suai resepi tu...ye la sendiri masakkan...ikut la pada citarasa nak masak cara yang bagaimana...untuk resepi ni ada di bawah...selamat mencuba


KUEY TEOW GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan
450 gm kuey teow
10 ekor udang (kupas dan tinggalkan ekornya)
4 ekor sotong (potong kecil)
2 biji telur
2 cawan kobis (dihiris halus)
1 cawan taugeh

Bahan Kisar
20 biji cili padi hijau
4 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 cawan ikan bilis
1/2 inci belacan (dibakar sekejap) - optional

Bahan tambahan
Telur dadar
Limau kasturi
Timun


Cara memasakanya
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan sotong dan udang, kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan pula sayur kobis dan kacau hingga rata dan biarkan sebentar.
Gunakan api besar, masukkan telur ayam dan kacau sedikit. Biarkan seketika.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga rata.
Kemudian masukkan kuey teow dan taugeh. Terus kacau hingga rata. Perasakan.
Jika rasa sudah menepati citarasa matikan api. Hidangkan terus.


Tags:

Share:

0 comments