KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK YANG SEDAP



Salam my kesayangan...

Masak apa tadi?
QH ni kan kalau dengan kari berpisah tiada...heee ni la satu2nya lauk peberet dari dulu lagi...kalau balik ke kampung pon lauk kari jugak la yang QH minta mak masakkan...tak kisah kari ape..janji kari...heeee...

siapa yang sama dengan QH kita geng tau...

kalau berkari ni...QH agak cerewet sikit...QH kurang gemar kalau kuah kari tu jenis yang cair...QH gemar kuah kari tu yang betul2 kari dan pekat...perghhhh walla...


Kali ni QH buat kari ala mamak pula...kalau masak kari ikan atau sardin ke tak payah letak santan...lagi2 kari ala mamak ni...diaorang memasak memang tak guna santan...kalau nak masak kari ayam tak letak santan pon boleh...cuma kurang la lemaknya kan...kalau kari ayam QH suka yang bersantan dan berkerisik...baru la aummm...heee

resepi di bawah ni...resepi belasahan QH jer...tapi jangan risau in shaa Allah sedap tau...kalau masak kari mak QH biasanya akan letakkan juga serbuk lada...baru la kaler dia cantik dan rasa pedas2 sikit...QH ikut cara mak masak...tetapi untuk resepi ni QH guna cili giling...


bila masak kari ni bab yang paling penting semasa nak masukkan serbuk kari...ok yang ni memang nampak la masing2 lain2 pendapat...yang ni terpulang la ikut kepakaran sendiri

terdapat dua cara sebenarnya...cara pertama bancuhkan serbuk kari tadi dengan sedikit air, jadikannya seperti pes...cara kedua pula tumiskan sahaja serbuk kari tadi ke dalam bahan tumisan...QH tengok mak QH kalau masak kari...dia guna je salah satu cara di atas...

yang penting mak QH kata kalau terus tuang serbuk kari tu tanpa dibancuh...kena pandai kawal api takut rempah hangus dah tak sedap...kalau baru2 belajar masak...ikut cara pertama lagi senang...


KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK

BAHAN2
2 ekor ikan bawal
1 paket serbuk kari ikan
1 paket serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar asam jawa xtra
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
10-15 biji cili padi merah dan hijau – patah2kan
5-6 batang kacang panjang
10 batang bendi
1 biji buah tomato
Air secukupnya
Serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih
CARANYA
1. Satukan serbuk rempah kari ikan, serbuk kari ayam dan serbuk kunyit. Bancuhkan dengan sedikit air, jadikan pes. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain, bancuh asam jawa xtra dengan sedikit air. Ketepikan.
3. Di dalam periuk panaskan minyak masak. Tumis halba campuran sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan daun kari. Tumis sebentar. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan minyak.
5. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Masukkan bancuhan pes kari tadi. Tumis lagi sehingga naik minyak.
7. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar. Kemudian tambah air secukupnya dan kacau sebati.
8. Masukkan serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
9. Apabila kuah telah mendidih masukkan ikan.
10. Akhir sekali masukkan kacang panjang, bendi, cili padi dan tomato.
11. Perasakan rasanya jika sudah sempurna matikan api.


Share:

0 comments