UDANG MASAK MASAM MANIS SEDAP



Salam my kesayangan...

Dah masak ke belum tu...ke masih lagi tercari2 resepi...ehhh kebetulan la pulakkan...awal lagi ni kalau nak kopipes idea dan resepi dari QH ni...heeee...sempat lagi nak pergi cari udang...

sedap tau...makan udang fresh masak macam ni...bukan kata 5 ekor...lebih dari tu boleh sekali hadap...heeee...resepi belasahan dan simple dari QH je hari ni...lepas tu letak la sayuran sikit...nak masak 1 lauk ni pon dah lengkap...tambah telur dadar sekali...perghhh memang ohsemmmm...

resepi ada di bawah tu yea...


UDANG MASAM MANIS
BAHAN2
1 kg udang size xl - bersihkan

BAHAN KUAH
5 biji bawang merah – hiris
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris halus
4 sudu besar botol sos tomato
4 sudu besar besar sos cili
1/3 biji lada bengala hijau/merah – hiris
15-20 biji cili padi – hiris
5-6 batang kacang botol - dipotong kecil
air secukupnya
2 biji tomato – belah 6
2-3 tangkai daun ketumbar– hiris halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis



CARANYA
Bersihkan udang dan rendamkan dengan air limau nipis/lemon untuk menghilangkan hanyir.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 
Letak air secukupnya. Biarkan ianya sedikit berkuah.
Setelah kuah pekat, masukkan kacang botol dan gaul. Biarkan sebentar.
Kemudian masukkan tomato dan sedikit daun ketumbar. Kacau rata.
Setelah udang masak, perasakan rasa. Jika sudah sempurna matikan api.
Siap dan hidangkan dengan nasi panas.



Tags:

Share:

0 comments