PIZZA AYAM SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Terhenti lagi blog QH buat seketika...
atas perkara yang tidak terduga terjadi...perit dan pedih menerima suatu kenyataan...walau dibibir meniti perkataan redha tetapi jauh di sudut hati...belum bersedia...

pada 2 minggu lepas QH kehilangan adik tercinta buat selama-lamanya...sepanjang melihat dia sakit...sudah tentu hendak dia pulih seperti sediakala berbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan yang terbaik buat beliau...tetapi semakin hari kesihatannya semakin merosot...masa tu la dibibir terungkap jua perkataan redha andai dia pergi kerana tidak sanggup melihatnya begitu...apabila tiba masanya dia benar2 pergi...hati bagaikan tidak rela pula pada masa yang terdekat ini...sempat la QH tolong memandikan dan mengkafankan jenazahnya...airmata ni jangan cakap la...laju bagaikan empangan mengalir...sebab pertalian yang hadir di dalam rahim yang sama...seibu dan sebapa...

Al-Fatihah buat arwah adik QH yang tercinta...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah... 


walaupon sebenarnya QH masih tiada mood lagi nak berbuat apa2...tetapi kita yang masih hidup lagi ni hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa...banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilunaskan...

atas rasa tanggungjawab itu la memberikan sedikit kekuatan buat QH untuk meneruskan juga mengupdate blog ini...kerana banyak lagi resepi2 yang tersimpan di dalam folder QH...semoga perkongsian resepi2 di dalam blog QH ini dapat dimanfaat sampai bila2...andai suatu hari QH tiada lagi...inilah yang dapat QH tinggalkan buat semua...walaupon hanya resepi yang biasa2 tetapi ianya akan menjadi luar biasa kepada sesiapa yang ingin belajar memasak...konsep QH mudah, senang, cepat, ceria dan sedap...sebab dulu pon QH bukan seorang yang pandai memasak...malah sehingga kini QH terus untuk belajar memasak... 

untuk resepi kali ni...elok sangat sesekali buat di buat di rumah...buat selalu lagi bagus...banyak kos dapat dijimatkan...


sebab apa jimat...kerana boleh dinikmati bersama keluarga tercinta berulang2...boleh buat seberapa banyak yang diperlukan dan sudah tentunya puas memakan hidangan tersebut...

piza siapa saja yang tidak suka bukan...QH sendiri pon sangat suka...tetapi nak makan selalu di luar larat ke poket tu kan...sesekali tu buat la sendiri...tip paling penting kena rajin...heeee...resepi ni hasil belasahan QH sendiri...bebas dan sukahati nak letak apa di dalam piza tersebut...base atau rotinya QH menggunakan yang sudah siap dari brand mission plain naan...size piza bole dimakan untuk 1-2 orang...QH siap buat frozen lagi...bila2 rasa nak makan tinggal keluarkan dan bakar sahaja...mudah dan jimatkan...ajommm tengok bahan2nya...bahan2 mengikut keperluan tiada sukatan yang tertentu...nak tambah lain2 pon boleh...ikut citarasa masing2 la ehhh...yang ini versi dan cara QH...


PIZZA AYAM SIMPLE

Bahan2
Plain naan
sos Prego bolognese
daging ayam kisar - ramly
filamen ketam  
capsicum merah 
capsicum hijau 
mozarella cheese
parmesan cheese - jika suka
olive pomace oil - basso

Caranya
Panaskan pan dan tuang olive pomace oil sedikit.
Masukkan daging ayam cincang. Kacau sehingga setengah masak.
Kemudian masukkan 2-3 sudu sos bolognese prego. Kacau sehingga sebati. Tidak perlu tambah garam.
Apabila ayam dan sos telah sebati. Matikan api. Tidak perlu terlalu lama kerana nak isi ayam tu juicy. Angkat dan ketepikan.


Penyediaan pizza ayam
Sediakan alas yang sesuai. Tiada pizza pan boleh guna alas kek.
Ambil sekeping roti naan plain tadi, kemudian sapukan permukaannya dengan sos bolognese sehingga rata.
Letakkan pula ayam yang telah dimasak tadi.
Letak pula filamen ketam yang telah dipotong kecil.
Kemudian letak capsicum merah dan hijau yang telah dihiris berselang seli.
Akhir sekali taburkan cheese mozarella dan parmesan. Siap.
Panaskan oven dan bakar pizza tadi sehingga masak.

Untuk forzen, balutkan pizza tadi dengan clingwrap dengan kemas.





Share:

0 comments