KERAPU MASAK ASAM NENAS



Salam my kesayangan...

Sebelum masuk ke resepi...QH nak minta kepada pengunjung2 blog QH untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey yea...baru nak aktif balik ni...segala kekurangan akan QH baiki dari masa ke semasa...bagi semangat sikit kt QH untuk terus update di situ ehhh...heeee

Di mana resepi yang sempat QH rakam...QH akan update kan di bawah sekali yea...



Kali ni QH nak masak ikan kerapu...resepinya QH gugel jer...QH pon tengah takde idea nak masak apa...cari2 terlekat di blog Che Mat Gebu...selesai masalah...apalagi terus sediakan bahan dan masak...yang boleh jadi terpikat tu sebab ada nenas dalam resepi ni...mesti sedap dan terasa2 di tekak...sekali betul la sedap...pedas2 manis rasanya...QH suka resepi ni...bahan senang dan cara masak pon senang juga...sekejap je dah siap 1 menu...

Korang boleh la cuba pulak tau lepas ni...terima kasih CM atas perkongsian resepi tersebut...QH panjangkan resepi ni di sini pulak tau...ajommm tengok bahan2nya dan cara QH masak resepi ni...



IKAN KERAPU MASAK ASAM BERNENAS
sumber Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA
Ikan kerapu secukupnya (cm guna 1/2 bahagian kepala dan 3 keping isi ikan kerapu) 
1/2 biji nenas Sarawak, hiris kasar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi cili kisar - QH guna 2 sudu besar cili giling adabi
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional) - QH letak
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas - QH tak letak (takde stok)
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya.
  2. Bila mendidih, masukkan nenas dan bunga kantan. Kacau rata, tambah kepala dan isi ikan kerapu, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain



Share:

0 comments