IKAN SIAKAP PERCIK



IKAN GORENG SIAKAP

Bahan2
ikan siakap - bersihkan
serbuk kunyit
garam secukup rasa
tepung jagung
tepung beras
minyak untuk mengoreng

Caranya
Lumur ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit.
Kemudian lumurkan dengan tepung jagung dan tepung beras secukupnya sehingga rata.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng ikan tadi sehingga garing dan kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.


KUAH PERCIK
sumber Che Mat Gebu


BAHAN 2
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
2 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Daun sup untuk hiasan


BAHAN KISAR HALUS
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
3 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar penuh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis


CARANYA
1.       Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
2.      Masukkan santan dan sedikit air (dalam 1/2 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api sederhana.
3.      Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat. 


Cara membuat siakap percik
Ambil aluminium foil dan asalkan dengan daun pisang jika ada.
Sudukan sedikit kuah percik tadi di atas daun pisang.
Kemudian letakkan ikan siakap yang telah digoreng ke atas kuah percik.
Sudukan lagi kuah percik ke atas tadi sehingga rata.
Balutkan ikan tadi dengan kemas.
Ambil magic pan atau masukkan ke dalam oven dan bakar dalam 10-15 minit.
Angkat dan hidangkan terus.


Tags:

Share:

0 comments