ROTI JALA BERINTI KARI KENTANG DAN TELUR REBUS



Salam my kesayangan...

Haaa buat apa petang2 hari minggu ni...
Jom kita sediakan menu petang pula...kali ni QH buat roti jala berinti...pernah tahu atau pernah nampak tak...sedap tau...bila dah taruk inti kentang macam tu tak perlu lagi dah makan dengan kuah kari lagi...

QH buat roti jala berinti ni sebab teringat dan merindui zaman kecil QH dulu2...nostalgia sangat...setiap minggu mesti akan ke pasar malam yang berdekatan dengan rumah dan beli kuih ni...sedap tau kuih roti jala berinti tu...menjadi kegemaran adik-beradik QH juga...sekarang ni dah susah nak jumpa...QH pon tak pasti pakcik tu sekarang berada di mana...

Jadi untuk melepaskan rindu terpaksa la buat sendiri...memula kena la sediakan inti kentang dulu...inti kentang ni sama saje macam nak buat inti karipap tu...lepas tu baru siapkan roti jalanya pula...kemudian baru taruk inti di dalamnya dan gulung kemas2...resepi kuih ni QH sediakan seperti di bawah yea...selamat mencuba



ROTI JALA BERINTI

Bahan Inti Kentang
4 biji kentang (dipotong dadu)

2 sudu besar serbuk kari ayam 
1 sudu besar serbuk kari ikan 
1/2 sudu besar serbuk lada
2 tangkai daun kari
1 keping dada ayam (dipotong dadu)
Air secukupnya
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
4 biji bawang merah
1/4 cawan ikan bilis
1 sudu besar udang kering


Cara memasak inti kentang
Kentang dipotong dadu dan rendam dalam air.
Kisar bawang merah, udang kering dan ikan bilis hingga hancur. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi serta daun kari sehingga naik bau dan garing.
Kemudian masukkan campuran rempah yang telah dijadikan pes. Kacau sebati. Biarkan sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau lagi seketika.
Akhir sekali masukkan kentang dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau selalu dan biarkan kentang empuk.
Sesuaikan rasa, masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Bahan Roti Jala
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan KARA
11/2 cawan air
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
pewarna yang disukai

Cara membuat roti jala
Satukan tepung gandum bersama santan, air, telur dan garam. Kacau sehingga rata dengan menggunakan whisk kemudian ditapis.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati. Rehatkan adunan lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan adunan ke dalam botol muncung 3 atau acuan roti jala.
Panaskan kuali leper tidak melekat (nonstick) dan oles sedikit minyak pada kuali.
Picitkan adunan tadi ke atasnya. Coraknya boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri.
Bila roti jala dah masak dan permukaan atasnya kering terus angkat. Tak perlu dibalikkan.
Letak inti kentang di atas roti jala tadi dan lipat atau gulungkan.
Ulang proses tadi hingga selesai.


Bahan tambahan
2 biji telur rebus (dibahagikan kepada 12)


Cara membungkus roti jala
Ambil sekeping roti jala dan letakkan inti kentang serta telur rebus di atasnya.
Gulung roti jala dengan kemas. Ulang langkah 1 sehingga siap.


Share:

0 comments