NESTY FRUITY CHEESE PUDING



Salam my kesayangan...

sekarang ni cuaca agak berbahang sikit kan...kalau keluar makan tengahari rasa berdengung gak kepala dibuatnya...QH jarang keluar tengah hari...lagi suka memerap je kat pejabat...sambil2 tu dapat la lelapkan mata sekejap...heee

Untuk resepi yang QH ingin kongsikan hari ni sangat sesuai la dengan cuaca sekarang ni...sedap dan sejuk je masuk ke tekak...tak cukup 1 mahu 2 baru puas makan ni...heee...nak menyediakannya mengambil masa sedikit tetapi hasilnya sangat memuaskan tau...

Resepi ni QH ambil dari blog kak Wan@Citarasawan...terima kasih kak sudi kongsi resepi ni pada semua dan izinkan QH letakkan resepi ni di sini...ingat yea..sekali pandang sudah terpikat inikan pula dapat merasainya...heee...selamat mencuba



NESTY FRUITY CHEESE Puding
sumber Citarasawan

Bahan lapisan dasar 
300 gm mentega
2 cawan nestum

Cara penyediaan lapisan dasar
Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkan di atas api.
Masukkan nestum dan goreng sehingga garing dan wangi. Pastikan jangan sampai hangit.
Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat dan rata.
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman supaya keras.


Bahan puding

Bahan A
3/4 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa - disukat dari tin susu di atas
60 gram serbuk puding jenama NONA - perasa asli dan tanpa warna

Bahan B
250 gm krim keju Philadelphia
7 biji jus limau kasturi
1 tin buahan campuran – ditapis dan ambil buahnya sahaja


Cara penyediaan puding
Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga serbuk pudding larut.
Kemudian putar pula krim keju selama 5-7 minit. 
Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau ke dalam adunan krim keju.
Putar lagi dengan kelajuan perlahan supaya semuanya bercampur.
Tuangkan ke dalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.
Akhir sekali, taburkan buahan campuran di atasnya.
Simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau sehingga beku.

*****
Buahan campuran dalam tin boleh digantikan dengan buahan segar yang lain.



Share:

0 comments