LEMPENG DAUN KETUMBAR



Salam my kesayangan...

Sarapan apa hari ni??
Ingat lagi tak entri resepi kari sedap dari QH tu...memandangkan dalam periuk masih ada belen...QH rajinkan diri untuk melempeng pula...nak melempeng ni pon hati kena betul2 cekal tau...heee...sebabnya kena masak lempeng tu satu persatu dan terpaksa berdiri lama kat dapur tetapi untuk menghabiskannya sekejap jer...

harga lempeng sekeping kat KL ni mahal tau...sekeping rm2.50...elok buat sendiri jer...boleh makan dari sekeping lagi tau...heee


nak buat lempeng ni takde la sesusah mana pon dan bahan yang digunakan sudah tersedia ada di rumah...untuk resepi ni cuma tambah daun ketumbar jer...bila letak daun ketumbar ada la sedikit aroma dari daun tu...sejak kebelakangan ni QH semakin gemarkan daun ketumbar ni...tetapi tak semua masakan sesuai tau nak letak daun ketumbar ni...ikut kesesuaian...

resepi lempeng ada QH sediakan di bawah tau...resepi ni sebenarnya main agak2 jer...lebih kurang tu nanti ejas2 la sikit2 ekkk...



LEMPENG DAUN KETUMBAR
BAHAN2
2-3 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
air secukupnya
sepokok daun ketumbar - hiris
2 sudu besar minyak masak

CARANYA
Ambil mangkuk satukan air dan garam. Gaul sehingga garam larut.
Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Masa ni tambahkan air sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang tidak terlalu cair dan pekat. Agak2 adunan boleh melenggang dalam pan ok dah adunan tu.
Tambahkan daun ketumbar dan minyak masak.
Panaskan pan nonstick dan sendukkan adunan. Tak perlu guna minyak.
Lenggangkan atau ratakan dengan senduk senipis yang boleh.
Masakkan kedua-dua bahagian. Kalau nak garingkan ini terpulang.
Angkat dan masak sehingga selesai satu persatu. Dapat lebih kurang 8-9 keping. Bergantung pada besar pan.
Siap untuk dihindang bersama kari ayam.

Resepi kari ayam tengok pada entri sebelum ni.
Selamat mencuba.



Share:

0 comments