ROTI JALA ALA ALA LOBAK



Salam my kesayangan...

hari ni QH nak share 1 resepi yang boleh dijadikan sebagai hidangan untuk rumah terbuka...semua pon tahukan roti jala ni memang sangat popular apabila ada rumah terbuka...pergi je la di mana2 rumah pasti ada...bukan di rumah je...mana2 opis yang ada buat jamuan raya pon pasti tak ketinggalan dengan menu ni...

Apa kata rumah terbuka tahun ni ubah sikit rupa roti jala tu dari kebiasaan...pasti menarik dan lain dari yang lain...kali ni QH mencuba buat roti jala ni bentuk ala2 lobak gitu...bukan la sesuatu yang baru...roti jala bentuk ni pernah hot sekejap di FB...QH biasa la orang dah puas buat dan makan...baru la terhegeh2 nak buat...heee


tengok saje la pada gambar, berbagai rupa dan bentuk ada...itu la kemampuan sebenar menghasilkan roti jala berbentuk carot ni...herot2...heee...itu la juga bukti seni setiap orang berbeza...

Resepi roti jala ni QH dah lama simpan dan di ambil dari IG kak @sheila_d'dapor...mudah je nak buat ni cuma kalau buat banyak2 dan berkilo2 mau jemu gak menghadap depan kuali...heee...QH buat ni sekali makan jer...jadi tak sempat nak tahu hasilnya sehingga ke petang tu bagaimana...lepas siap tu terus ngappp jadi roti jala ni lembut dan sedap la kan...

Roti jala ni QH buat makan bersama dengan kari ayam...resepinya nanti QH akan update di lain post yer...untuk resepi roti jala ni ada di bawah...SELAMAT MENCUBA!!!

*pssttt dah buat open house tu...jemput2 la QH ni nanti yea...heeee


ROTI JALA SEDAP
sumber ig@sheila d'dapor

BAHAN2
3 cawan tepung gandum
31/2 cawan air
2 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan susu sejat
1 sudu kecil serbuk kunyit - QH guna 1/4 sudu kecil
1/2 sudu kecil garam
pewarna oren dan hijau - QH tambah
2 sudu besar minyak masak - QH tambah

CARANYA
Satukan kesemua bahan di atas ke dalam blender. Dahulukan yang cecair diikuti bahan kering.
Blend bahan tadi sehingga rata dan tidak berketul.
Asingkan dalam 3 senduk adunan dan letakkan pewarna hijau. Kacau sehingga warnanya rata.
Masukkan pewarna oren pada lebihan adunan tadi. Kacau sehingga warnanya rata.
Ambil botol bermuncung 3 dan masukkan adunan tersebut. Jika tiada botol tersebut gunakan acuan membuat roti jala.
Ambil pan non stick dan panaskan di atas api.
Apabila pan sudah panas, picitkan botol warna hijau di keliling pan tersebut dan diikuti warna oren dikeseluruhan pan. 
Biarkan roti jala tersebut sehingga masak. Angkat dan terus lipat.

Cara nak melipat roti tersebut adalah dengan lipatkan dahulu kepada 2, kemudian lipatkan dengan bentuk tiga segi 3-4 kali lipatan.
siap dan hidangakan bersama kari ayam atau kari daging.




Share:

0 comments