KURMA GORENG RANGUP



Salam my kesayangan...

hari ni QH nak kongsikan idea untuk berbuka...nak dimakan bila2 masa pon sesuai jugak...disebabkan sekarang ni bulan puasa jadinya kita fokuskan untuk menu berbuka la...kot nanti hujung2 puasa...stok buah kurma banyak lagi kan...jadi boleh la kita pelbagai...contohnya kita buat la cucur kurma...sedap tau...cucur kurma ni sedap di goreng rangup2...kalau rajin buang biji kurma tu...kalau malas goreng terus nak makan nanti buang...heeee


lagi pon selain perlu menyegerakan berbuka...berbuka dengan buah kurma adalah antara sunnah puasa gaya Rasulullah SAW berpuasa...

Kalau nak tahu kelebihan buah kurma ni pon banyak...nanti gugel la sendiri yer...

Cucur ni sedap di makan panas...setengah jam lagi nak berbuka tu boleh la mengoreng...siapkan bancuhan terlebih dahulu...resepi ada di bawah... 


KURMA GORENG RANGUP

Bahan-bahan
Buah Kurma secukupnya

Bahan adunan
400 ml air
220 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara penyediaanya
Buah kurma hendaklah dibuang biji terlebih dahulu. Ketepikan.
Masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pengisar/blender ikut turutan seperti di atas.
Kisar sehingga adunan sebati, rata dan halus. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana.
Masukkan buah kurma yang telah dibuang biji tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bila minyak sudah panas, masukkan buah kurma yang bersalut adunan tepung ke dalam kuali berhati-hati dengan menggunakan tangan atau sudu.  
Goreng kurma sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Hidang di dalam pinggan.



Tags:

Share:

0 comments